Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai dijerat penipuan cinta Internet

Jun 11, 2016 | 05:30 AM



SEMENTARA orang Melayu sering menjadi mangsa penipuan menggunakan helah cinta menerusi Internet dahulu, si Romeo siber kini menebarkan 'jala' lebih luas bagi memikat hati wanita daripada latar belakang yang lebih rencam.



Demikian berdasarkan pemantauan Pegawai Penyiasat Kanan daripada Skuad Jenayah Komersial Divisyen Polis Jurong, Inspektor Balai Kanan (SSI) Yusri Mohamed Yusoff.



"Dahulu, kami lihat ramai mangsa kes penipuan cinta siber Melayu tapi sejak 2014, trendnya mula berubah," ujarnya.



Polis memberitahu Berita Harian bahawa orang Melayu membentuk lebih 21 peratus daripada mangsa kes penipuan cinta siber di sini pada 2014. Namun pada 2015, jumlah itu jatuh kepada sekitar 15 peratus dan kekal stabil sehingga kini.



Namun, SSI Yusri berkata jumlah kes penipuan cinta siber di sini terus meningkat secara keseluruhan.



Kes penipuan cinta siber merupakan kes penipuan paling utama di Singapura, dengan mangsa yang dilamun asmara kehilangan sekitar $7.5 juta antara Januari dengan April tahun ini gara-gara termakan kata-kata semanis madu 'kekasih' yang baru dikenali di Internet.



Menurut Ketua Cawangan Dasar dan Operasi Jenayah Kewangan di Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD), Cik Yolanda Yu, mangsa kes penipuan itu - kebanyakannya wanita berusia antara 30 dengan 59 tahun - kini menggunakan pelbagai jenis wadah selain Facebook, termasuk laman media sosial Meetup.com dan Skout serta laman cari jodoh Okcupid.



Menurut SSI Yusri, kebanyakan mangsa yang ditemuinya berkata mereka dibuai pujuk rayu lelaki yang pandai bermain kata melalui Internet itu kerana rasa sepi.



"Kadang-kadang mereka ada masalah dengan keluarga atau tidak bercakap dengan suami, jadi mereka lungsuri laman media sosial untuk mencari teman," katanya.



Dalam pada itu, Cik Yu berkata sesetengah mangsa dalam kes penipuan cinta siber tidak diminta memindahkan wang tetapi diminta memberi nombor akaun bank mereka untuk menerima wang bagi pihak 'kekasih' mereka. Mereka dikenali sebagai keldai wang.



Menurut Cik Yu, sekitar 25 peratus keldai wang di Singapura merupakan orang Melayu manakala sekitar 50 peratus berbangsa Cina.



"Ia mungkin kelihatan tidak salah tetapi wang itu mungkin wang kotor.



"Keldai wang akan disiasat sebagai (melakukan) kesalahan pemindahan wang secara terlarang, yang membawa denda maksimum 10 tahun penjara," katanya.



Laporan lanjut




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >