Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Lebih ramai doktor dalam panel IP akan sebabkan premium naik'

Apr 03, 2021 | 05:30 AM



MEMPUNYAI lebih ramai doktor dalam panel Pelan Perlindungan Bersepadu (IP) sedang diusahakan tetapi mereka tidak boleh menjangkakan bayaran asal di bahagian atas penanda aras bayaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (MOH).



Ini kerana ia boleh membawa kepada kos tuntutan dan premium lebih tinggi, kata Persatuan Insurans Hayat (LIA) Singapura semalam.



Dalam respons keduanya terhadap kenyataan mengenai IP yang dikeluarkan oleh Persatuan Perubatan Singapura (SMA) hampir seminggu lalu, LIA Singapura mengulangi kaitan antara peningkatan bilangan doktor dengan tuntutan yang lebih tinggi.



"Jika syarikat insurans menambah panel secara sembarangan, premium akan naik dengan ketara, tetapi jika kita menaikkan saiz panel dalam cara berhati-hati, sambil membayar bayaran yang berpatutan kepada doktor, maka kesan terhadap premium dapat dikurangkan," kata jurucakap LIA Singapura.



SMA telah meluahkan rasa tidak senang dengan bilangan pakar swasta yang terhad dalam panel IP, dan kenyataan bahawa mereka rata-rata dibayar mengikut bahagian bawah penanda aras bayaran.



SMA berkata kos mereka sedang meningkat disebabkan oleh perbelanjaan pengurusan dan kos komisen yang lebih besar untuk syarikat insurans, dan bukannya tuntutan yang lebih tinggi.



Apa yang ingin LIA Singapura tekankan ialah kos syarikat insurans meningkat dalam jangka pendek, tetapi ini mungkin tidak menunjukkan trend jangka panjang.



"Syarikat insurans setuju bahawa kami harus mengawal kos kami sendiri tetapi kami tidak rasa ada banyak lebihan dalam perbelanjaan kami yang harus dipotong," kata jurucakap itu.



Jurucakap SMA semalam berkata tujuan tunggal kenyataannya adalah untuk mengetengahkan cabaran yang dihadapi pesakit dalam erti kata tuntutan dan polisi insurans mereka.



"Dengan MOH memimpin perbincangan antara LIA, AMS dan SMA, terdapat sedikit pencerahan dan permulaan perjalanan persefahaman dan kerjasama," katanya.



"Banyak lagi usaha menanti kerana pelbagai pihak berkepentingan perlu mengadakan perbincangan yang jujur dan kadang kala sukar mengenai masalah yang ada, potensi penyelesaian dan keseimbangan."



Beliau menambah: "Harus ada kepercayaan bersama dan kita semua harus bekerjasama untuk membangunkan sistem penjagaan kesihatan yang mampan, menyokong sistem subsidi yang teguh dan amalan swasta yang adil."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >