Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai duta dikerah untuk pastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Pelancongan Singapura akan mengerahkan lebih ramai Duta Jarak Selamat (SDA) dan pegawai Penguatkuasaan (EO) untuk memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi bagi perniagaan pelancongan yang terlibat dalam perayaan Tahun Baru Cina ini.



Kapasiti operasi untuk tarikan di Singapura tetap dihadkan kepada 65 peratus, dan pengunjung digalakkan untuk menempah slot mereka terlebih dahulu.



Pengarah eksekutif STB untuk pengembangan konsep daya tarikan, hiburan dan pelancongan, Cik Jean Ng, mengatakan:



"Kami menggesa anggota masyarakat untuk bekerjasama dengan SDA dan EO kami, yang ada di sana untuk memastikan kesejahteraan masyarakat."



Semua pengendali daya tarikan diminta melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat seperti kawalan kesesakan serta rutin pembersihan dan pembasmian kuman terperinci, terutama untuk barangan yang sering disentuh dan penjejakan kontak yang baik, kata Cik Ng.



Buat kali pertamanya, Jewel Lapangan Terbang Changi akan menggunakan sistem pengurusan beratur secara maya di salah satu tarikan yang lebih popular untuk mengurus kesesakan pada hujung minggu Tahun Baru Cina ini, lapor The Straits Times.



Ini kerana ia menjangkakan lebih ramai pengunjung memandangkan peraturan lawatan rumah yang lebih ketat sempena Tahun Baru Cina, dan ramai juga yang akan menyambut Hari Kekasih pada Ahad ini.



Pengunjung ke tarikan Manulife Sky Nets-Bouncing boleh mengimbas kod QR untuk menerima nombor barisan secara maya jika tarikan itu sudah penuh.



Sementara itu, mereka boleh bersiar-siar ke tempat daya tarikan lain, membeli-belah atau pun makan sambil menunggu untuk notis secara automatik di telefon bimbit mereka mengenai status barisan tersebut.



Mereka akan diberitahu masa untuk mereka masuk tarikan tersebut, dan akan mempunyai 15 minit untuk menuju ke tempatnya.



Seorang jurucakap Jewel berkata mereka akan mengerahkan lebih ramai kakitangan untuk memastikan pengunjung mematuhi langkah pengurusan selamat.



Selain itu, pengunjung yang ingin ke pantai Sentosa hujung minggu ini juga harus membuat tempahan untuk masuk dalam talian.



Seorang jurucakap syarikat pembangunan Sentosa menambah bahawa mereka yang menuju ke tempat makan di Sentosa sangat disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu.



Resorts World Sentosa (RWS) menjangkakan ketibaan ramai orang pada hujung minggu ini. Pengunjung yang sudah membeli tiket ke tarikan Universal Studios Singapore dan S.E.A Aquarium melalui ejen, diminta untuk membuat tempahan awal di laman RWS sebagai sebahagian daripada langkah untuk memantau jumlah had resort itu.



Sesiapa tanpa tempahan tidak akan dibenarkan masuk pada hujung minggu ini, kata seorang lagi jurucakap.



Gardens by the Bay akan mengehadkan kemasukan ke Flower Dome kepada 1,040 pengunjung setiap jam dan 840 pengunjung setiap jam untuk Cloud Forest.



Pengunjung juga diminta untuk menempah slot dalam talian sebelum berkunjung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >