Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lebih ramai duta jarak selamat dikerah di Kg Glam semasa Ramadan

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan akan dikerahkan ke Kampong Glam sepanjang Ramadan untuk mengingatkan orang ramai agar mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) dan memastikan kesejahteraan masyarakat.



Ini memandangkan interaksi dalam masyarakat dijangka meningkat dalam bulan Ramadan, terutamanya di Kampong Glam, yang menjadi pusat kegiatan dalam tempoh itu, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Persatuan One Kampong Gelam (OKG) dan Masjid Sultan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam.



"Untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 dan memastikan keselamatan semua pengunjung, agensi-agensi akan bekerja rapat dengan pihak berkepentingan setempat untuk memperketatkan SMM di kawasan itu sepanjang bulan Ramadan," kata kenyataan tersebut.



Orang awam diingatkan agar terus bersikap tanggungjawab dengan mengambil serius SMM.



Ini termasuk memakai pelitup sepanjang masa kecuali apabila sedang makan atau minum.



Kumpulan sosial dan riadah perlu dihadkan ke tidak lebih lapan orang dan tidak boleh ada pergaulan antara kumpulan.



Setiap kumpulan dan individu pula harus mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain.



Agensi-agensi itu menggalakkan pengunjung dan perniagaan agar bekerjasama dengan duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan yang dikerahkan ke kawasan itu, dan mengingatkan bahawa tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil ke atas pengendali yang bersalah dan individu yang melanggar SMM.



Kenyataan itu juga berkata, Masjid Sultan akan menyediakan ruang solat terhad setiap hari untuk pengunjung Muslim ke Kampong Glam.



Pengunjung perlu mendaftar masuk menggunakan Safe Entry atau Trace Together, dan perlu mematuhi SMM yang dilaksanakan, demi memastikan kesejahteraan jemaah.



Pengunjung yang mahu menunaikan solat di masjid itu perlu membuat tempahan slot menerusi sistem tempahan dalam talian di aplikasi Muslim.SG, dan perlu membawa peralatan solat mereka sendiri seperti sejadah dan telekung.



Kenyataan itu juga mengingatkan bahawa iftar beramai-ramai tidak akan diadakan di masjid itu, seperti yang turut diamalkan di masjid lain di serata Singapura dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.



"Covid-19 kekal sebagai ancaman serius walaupun dengan program vaksinasi yang sedang dijalankan.



"Dengan lebih banyak pelonggaran langkah sekatan, risiko penularan masyarakat juga terus menjadi keprihatinan. Kita mesti kekal berwaspada; jika tidak, pengorbanan individu dan kolektif kita sepanjang setahun lalu akan sia-sia," kata kenyataan itu.



"Sedang kita meraikan bulan suci Ramadan di Kampong Glam, mari kita bekerjasama dan terus melindungi keluarga dan orang tersayang kita supaya kita semua dapat muncul lebih kuat daripada pandemik ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >