Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran (MTTQ) 2019 bakal menobatkan johan-johan qari dan qariah tahun ini dalam pusingan akhir pertandingan tahunan tersebut hujung minggu ini. Pertandingan itu – sebuah acara masyarakat yang telah ditubuhkan sejak sebelum kemerdekaan Republik ini – kian menarik lebih ramai penglibatan masyarakat, khususnya dalam kalangan golongan muda. Berikut laporan mengenai sejarah dan perkembangan seni pembacaan Al-Quran di Singapura, yang dimuatkan dalam halaman ini dan halaman berikut.
MINAT masyarakat Islam Singapura dalam seni membaca Al-Quran kian meningkat saban tahun.