Meskipun ada pasangan berminat mengambil anak titipan, ada juga yang mempunyai pelbagai keprihatinan mengenai usaha tersebut, terutama berkaitan hukum agama. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) melaporkan.
MESKIPUN secara keseluruhan jumlah pasangan yang tampil menjadi ibu bapa titipan semakin meningkat, masih ramai ibu bapa Melayu/Islam diharap tampil menawarkan tempat tinggal selamat dan sempurna bagi anak-anak titipan.