Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai jadi mangsa tipu enam bulan pertama 2019

Aug 31, 2019 | 05:30 AM



LEBIH ramai orang menjadi mangsa penipuan dalam separuh pertama tahun ini dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.



Menurut polis, ini telah menyumbang kepada peningkatan jenayah sebanyak tujuh peratus secara keseluruhan dari Januari hingga Jun.



Sebanyak 80 peratus daripada 10 jenis penipuan tertinggi yang dilaporkan sewaktu tempoh tersebut ialah e-dagang, pinjaman, kredit-untuk-seks dan penipuan cinta Internet, lapor The Straits Times.



Jumlah kes berkaitan empat jenis penipuan itu meningkat hampir 60 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.



Jumlah penipuan berkaitan pinjaman dan kredit-untuk-seks, serta jumlah keseluruhan yang ditipu bagi kedua-duanya lebih dua kali ganda dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.



Polis berkata kad iTunes dan Alipay kekal sebagai wadah paling biasa digunakan untuk pemindah wang dalam penipuan kredit-untuk-seks.



Penipuan e-dagang dan penipuan cinta Internet juga terus meningkat.



Jumlah kes penipuan e-dagang meningkat dari 1,013 kepada 1,435 - jumlah kes tertinggi yang dilaporkan di kalangan semua jenis penipuan.



Jumlah kerugian keseluruhan naik dari $870,000 ke $1.2 juta.



Jumlah terbesar dalam satu kes adalah $43,000.



Sekitar setengah kes berlaku di Carousell, satu kemerosoton daripada 74 peratus dalam separuh pertama tahun lalu.



Transaksi biasa di wadah tersebut yang ternyata adalah penipuan melibatkan penjualan barangan elektronik, tiket, tempahan bilik hotel dan sewa kenderaan.



"Kemerosoton ini mungkin disebabkan inisiatif anti-penipuan di mana Carousell berkerjasama dengan polis untuk memperkenalkan di wadahnya," kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan semalam.



Sebaliknya, terdapat peningkatan dalam jumlah penipuan e-dagang pada wadah digital lain seperti Facebook, Instagram, Shopee dan Lazada.



Penipuan biasa lain di Singapura berkaitan tipu helah pelaburan, penyamaran pegawai China, cabutan bertuah, penyamaran Facebook, dan penyamaran Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan.



Polis menasihati orang ramai agar berjaga-jaga apabila melakukan sebarang transaksi dan mengambil langkah wajar untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan kerana seringkalinya susah untuk memulihkan wang yang telah dibayar atau dipindahkan ke penipu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >