Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMULA FASA TIGA

Lebih ramai jamu di restoran; langkah selamat tetap dijaga

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



RESTORAN yang menjual makanan halal Italy Positano sesak dengan pelanggan semalam apabila beberapa kumpulan sehingga lapan orang menjamu selera setelah fasa tiga pembukaan ekonomi bermula semalam.



Malah, tempahan di restoran di Bussorah Street penuh semalam walaupun semalam merupakan hari biasa.



Restoran itu mempunyai satu lagi cawangan di Circular Road yang dibuka Ogos lalu.



Pemilik bersama restoran Positano, Encik Muhammad Ishak Ahmad menyatakan bahawa selepas pengumuman Fasa Tiga oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong baru-baru ini, ramai orang telah mula membuat tempahan makan di restorannya dalam kumpulan enam hingga lapan orang.



Malah, restoran itu juga mendapat tempahan sehingga pertengahan Januari.



"Saya rasa pelanggan ghairah menyambut tahun baru. Kami mengesyorkan pelanggan untuk membuat tempahan secepat mungkin kerana meja sudah hampir penuh. Dengan Fasa Tiga, kumpulan hingga lapan orang boleh menjamu selera dalam satu meja. Kami semua tidak sabar untuk melayan lebih ramai pelanggan," tambahnya.



Pemilik Anna's Cafe, Cik Ratna Ahmad turut menerima banyak tempahan bagi keluarga dan jemaah masjid yang ingin menjamu selera di kafe yang terletak di depan Masjid Darul Aman itu.



"Dengan lapan orang menjamu selera dalam satu meja, kami ingin memastikan semua langkah jarak selamat tetap dipatuhi seperti menjaga jarak selamat, menggunakan sanitiser tangan dan menggunakan aplikasi Safe Entry.



"Kami juga mempunyai kakitangan yang memantau pelanggan yang datang. Kalau mereka tidak ikut peraturan, mereka perlu dinasihati,'' katanya.



Pemilik restoran-restoran ini menyatakan bahawa mereka perlu tegas bagi memastikan pelanggan mengikut peraturan dan jarak selamat.



Encik Ishak menambah bahawa kakitangannya semuanya sudah dilatih untuk memastikan pelanggan tidak melanggar peraturan seperti bercampur gaul dengan pelanggan di meja yang lain.



Ketua pegawai operasi The Black Hole Group yang memiliki beberapa rangkaian kafe seperti Afterwit dan Tipo, Encik Sufi Hassan, menyatakan syarikatnya telah memperkenalkan akan wadah pendigitalan seperti sistem tempahan dan sistem beratur supaya dapat memenuhi jangkaan pelanggan yang lebih ramai.



"Keutamaan bagi kesemua restoran kami adalah pengalaman pelanggan kami. Oleh itu, dengan bantuan sistem menempah dan beratur, kami harap ia dapat membantu memenuhi jangkaan pelanggan dan memastikan pengalaman pelanggan adalah baik," kata Encik Sufi.



Menurutnya, restoran-restoran mereka menarik banyak tempahan pelanggan yang menjamu selera bagi kumpulan antara enam hingga lapan orang semalam.



"Kami dapat melihat masyarakat memberi respons yang pantas. Namun, oleh kerana peraturan jarak selamat dan memandangkan ruang terhad dalam restoran kami, kami tidak dapat meningkatkan jumlah pelanggan namun kami akan menyesuaikan tempat duduk untuk menampung tempahan kumpulan yang lebih besar,'' katanya.



Di bawah Fasa Tiga pembukaan semula, sehingga lapan orang dibenar menghadiri perhimpunan sosial berbanding lima orang sebelum ini. Mereka boleh keluar dan duduk makan bersama di restoran atau kunjung-mengunjung.



Mengumumkan mengenai pembukaan Fasa Tiga sebelum ini, pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dan Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, mengingatkan semua bahawa Singapura tidak boleh leka dan mesti terus bersikap berwaspada.



Duta jarak selamat akan terus mengingatkan orang ramai tentang langkah keselamatan dan pegawai penguatkuasaan juga akan melakukan pemeriksaan.



"Apabila Fasa Tiga bermula pada 28 Disember (semalam), anda akan dibenarkan mengadakan perhimpunan dalam kumpulan lebih besar, anda boleh keluar dan makan bersama lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan anda... tetapi terus amalkan sikap bertanggungjawab," kata beliau.




"Dengan lapan orang menjamu selera dalam satu meja, kami ingin memastikan semua langkah jarak selamat tetap dipatuhi seperti menjaga jarak selamat, menggunakan sanitiser tangan dan menggunakan aplikasi Safe Entry. Kami juga mempunyai kakitangan yang memantau pelanggan yang datang. Kalau mereka tidak ikut peraturan, mereka perlu dinasihati.''
- Pemilik Anna's Cafe, Cik Ratna Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >