Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai kanak-kanak cedera dalam nahas jalan raya pada separuh pertama 2017

Nov 13, 2017 | 03:10 PM



SEJUMLAH 132 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah cedera dalam kemalangan jalan raya semasa separuh pertama 2017, naik daripada 128 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Kita boleh menjauhkan dan mengelakkan tragedi yang tidak diperlukan ini dan lebih banyak yang boleh dilakukan bagi mendidik serta menyemai amalan keselamatan jalan raya dalam diri kanak-kanak," kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau berkata demikian semasa acara penutup Sukan Trafik Shell tahunan ke-37 - yang menguji pelajar tentang pengetahuan mereka mengenai keselamatan jalan raya - di Road Safety Community Park dekat East Coast, pagi tadi.

Dr Faishal berkata kanak-kanak memang mudah terdedah kepada bahaya kerana mereka mungkin belum memahami bahaya di jalan raya dan tubuh badan mereka yang kecil juga menjadikan mereka kurang dilihat pengguna jalan raya lain.

Beliau turut menukil video yang tular pada Oktober lalu yang menunjukkan budak lelaki enam tahun berlari melintasi Leedon Road dan kemudian dilanggar kereta.

Budak lelaki itu tercampak daripada alat mobiliti peribadi - 'kick scooter'.

"Mujur budak lelaki itu hanya mengalami kecederaan ringan. Oleh kerana itu, saya ingin menekankan betapa pentingnya untuk kita mengajar kanak-kanak tentang bahaya jalan raya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >