Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai kanak-kanak prasekolah sertai program khidmat masyarakat

Masagos: Harap nilai keluarga dapat diterap melalui aktiviti
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai kanak-kanak prasekolah kini terlibat dalam program yang menggalakkan mereka menyumbang kembali kepada masyarakat bermula pada usia yang muda.



Tahun ini, seramai 75,000 kanak-kanak daripada hampir 1,100 prasekolah menyertai projek 'Mulakan Kecil Impikan Besar', atau 'Start Small Dream Big' (SSDB), sembilan kali ganda berbanding tahun pertama inisiatif itu pada 2015.



Jumlah tersebut didedahkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa pelancaran edisi kelapan projek SSDB anjuran Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) yang bertujuan menggalakkan prasekolah menyediakan wadah bagi kanak-kanak untuk menyertai projek khidmat masyarakat.



Tema SSDB tahun ini, "Keluarga Kami, Masyarakat Kami", dipilih selaras dengan sambutan Tahun Meraikan Keluarga Singapura (YCF) tahun ini, dan diharap dapat menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam diri kanak-kanak melalui program serta aktiviti yang diadakan, kata Encik Masagos.



"Di Singapura, keluarga merupakan asas kukuh bagi pembentukan masyarakat.



"Inilah cara kita membentuk individu berdaya tahan yang berpegang kepada nilai-nilai baik seperti untuk menyumbang kembali kepada masyarakat," katanya semasa ditemui di Bright Kids School House @ Punggol Blk 173D di mana acara pelancaran tersebut diadakan semalam.



Beliau menambah, jumlah penglibatan kanak-kanak meningkat tinggi memandangkan lebih banyak prasekolah melihat nilai projek tersebut.



"Saya amat berbesar hati melihat keluarga yang turut terlibat dalam projek anak-anak mereka dan berharap ini akan mencetus inspirasi dalam diri anak-anak kita untuk melahirkan rasa kasih sayang, saling hormat menghormati dan prihatin terhadap anggota keluarga mereka serta anggota masyarakat lain," ujar Encik Masagos.



Tema SSDB tahun ini juga menyahut gesaan Cabaran Presiden 2022 supaya masyarakat terus menyumbang untuk membantu keluarga berpendapatan rendah.



Antara projek yang kini dalam perancangan termasuk pengumpulan dana bagi keluarga kurang bernasib baik dan juga badan amal serta menghantarkan makanan dan barangan kepada mereka yang lebih memerlukan.



Salah satu daripada projek tersebut diusahakan Bright Kids School House @ Punggol Blk 173D, di mana seramai 22 kanak-kanak bersama keluarga mereka akan menghantarkan pek makanan ke rumah warga emas.



Ini selain mempelajari nilai kekeluargaan seperti 'kasih sayang', 'prihatin' dan 'komitmen' di kelas menggunakan sumber yang disediakan Families for Life (FFL).



Menurut Naib Pengetua pusat prasekolah itu, Cik Felicia Tan, berkata:



"Kita perlu bantu kanak-kanak sedar akan pentingnya anggota keluarga dalam hidup dan bagaimana mereka sendiri boleh kembalikan kasih sayang yang dipaparkan kepada mereka."



Beliau melahirkan harapan agar aktiviti yang dilakukan di kelas, termasuk melalui bercerita dan sambutan khas seperti Hari Ibu dan Hari Ayah, dapat membantu kanak-kanak mempelajari nilai-nilai seperti kasih sayang dan saling hormat menghormati.



Pergerakan SSDB itu akan berlangsung dalam tempoh enam bulan hingga Oktober tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >