Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai keluarga terima zakat akhir tahun

Jumlah zakat, penerima adalah yang tertinggi berbanding beberapa tahun lalu, kata jurucakap Muis
Dec 31, 2019 | 05:30 AM



SEJUMLAH $2.7 juta telah diagihkan kepada 5,927 keluarga berpendapatan rendah pada akhir tahun ini, peningkatan 38 peratus berbanding tahun lalu.



Wang zakat ini, yang tidak termasuk Bantuan Kewangan bulanan, juga merangkumi hadiah dalam bentuk peralatan sekolah dan baucar buku antara $50 dengan $100 bagi lebih 1,700 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya yang diterbitkan di Facebook. Kata Muis, pelajar itu juga berpeluang menyertai kegiatan pengayaan sempena cuti sekolah yag dianjurkan oleh masjid di peringkat kelompok.



Lagi $570,000 pula diagih kepada lebih 7,700 kanak-kanak berusia 18 tahun dan ke bawah, melalui geran "reqab" atau pembelajaran tahunan.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, jurucakap Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata jumlah zakat yang diberikan itu dan bilangan penerimanya adalah yang tertinggi pada tempoh akhir tahun ini, berbanding beberapa tahun sebelumnya.



Ketua Eksekutif Muis Encik Esa Masood berkata pengagihan akhir tahun itu membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah bersedia untuk penggal sekolah baru.



"Sumbangan zakat baik yang diterima pada 2019 membolehkan Muis memberi sokongan tambahan kepada penerima," kata Encik Esa.



"Kami harap agar sokongan ini akan membawa lebih keceriaan kepada mereka yang memerlukan. Kami juga komited untuk memenuhi amanah kami untuk menyumbang kepada masyarakat."



Tahun lalu, masyarakat Melayu/Islam Singapura menyumbang zakat sekitar $43 juta kepada Muis.



Menurut maklumat di laman web Muis, lebih $21.8 juta telah diagihkan bagi pembangunan masyarakat dan dalam bentuk bantuan kepada golongan miskin dan yang memerlukan. Selain itu, wang zakat juga antara lain digunakan untuk pendidikan, pengurusan masjid dan mengadakan program keagamaan.



Lebih 6,000 keluarga menerima bantuan daripada Muis, kata jurucakapnya.



"Bantuan kepada golongan susah dan memerlukan itu bukan sekadar berdasarkan bantuan kewangan. Ia juga melibatkan program, geran dan lain-lain lagi," kata jurucakap itu lagi.



Salah seorang penerima zakat, Cik Radiah Awang, 51 tahun, berkata wang yang diterimanya itu meringankan sedikit beban harian yang ditanggung beliau dan suaminya, yang menjaga tujuh cucu.



"Empat anak kami baru keluar penjara... dan tidak dapat tanggung kami. Jadi, kami terpaksa jaga anak-anak mereka. Namun saya dan suami mempunyai masalah kesihatan dan tidak mampu bekerja sepenuh masa.



"Mujur ada bantuan ini...sekurang-kurangnya, keperluan sekolah cucu beres," kata Cik Radiah, yang menerima wang zakat $920 pada akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >