Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai lulusan 'N' layak ke Menengah 5

Dec 19, 2016 | 06:11 PM



LEBIH ramai pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'N' layak ke Menengah 5 tahun hadapan.



Daripada sejumlah 12,305 pelajar dari aliran Normal (Akademik) yang mengambil keputusan mereka hari ini, 75.2 peratus mencatat keputusan yang baik untuk menduduki peperiksaan GCE 'O' di menengah 5 tahun hadapan.



Ia merupakan peningkatan tipis berbanding 74.9 peratus yang berjaya berbuat demikian tahun lalu.



Daripada jumlah pelajar aliran N(A) yang menduduki peperiksaan, 99.6 peratus lulus, serupa tahun lalu yang mencatat 99.5 peratus.



Bagi pelajar aliran Normal (Teknikal), 97.1 peratus daripada seramai 5,470 yang menduduki peperiksaan tahun ini, lulus - kenaikan tipis berbanding 96.6 peratus tahun lalu.



Mereka boleh memohon ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) atau mengikuti kursus di Menengah 4 N(A) jika mereka meraih gred 'A' bagi Bahasa Inggeris dan Matemati, dan sekurang-kurangnya gred 'B' bagi satu subjek lain.



Membuat penukaran ke kursus N(A) akan memberi mereka peluang untuk melangkah ke Menengah 5 untuk menduduki peperiksaan GCE 'O'.



Kelompok pertama pelajar yang lulus dari Sekolah Menengah Crest, yang merupakan sekolah khusus pertama bagi pelajar aliran N(T), turut mengambil keputusan mereka hari ini.



Pelajar di Sekolah Menengah Crest mengikuti program akademik empat tahun yang membawa mereka ke peringkat GCE 'N', sama seperti rakan-rakan lain.



Bagaimanapun mereka juga mengikuti program kejuruan dan lulus dengan Sijil Kemahiran ITE dalam perkhidmatan kemudahan, pembaikan mekanikal, perkhidmatan runcit atau perkhidmatan pelayanan.



Di Crest, 98 peratus daripada 198 murid menerima sijil GCE 'N', sementara 34 daripada mereka menerima tawaran daripa ITE menerusi skim yang mempertimbangkan kebolehan bersesuaian dengan kursus dan kemahiran dalam kepimpinan, sukan atau kesenian.



Pelajar N(A) dengan keputusan tidak melebihi 11 mata boleh memilih untuk salah satu daripada 1,200 tempat bagi Program Asas Politeknik.



Skim ini menawarkan, di peringkat politeknik, peluang untuk pelajar melepasi GCE 'O' dan mengikuti kursus persiapan selama setahun sebelum mengikuti kursus diploma berkaitan.



Pelajar N(A) yang meraih tidak lebih daripada 19 mata boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dua tahun menerusi kursus Nitec Tinggi di ITE menerusi Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP).



DPP memberi jaminan tempat di politeknik bagi kursus berkaitan di peringkat diploma sekiranya pelajar mendapat gred mata purata yang dikehendaki dalam kursus yang diduduki mereka di ITE.



Kira-kira 1,000 tempat DPP akan ditawarkan merentasi ketiga-tiga kolej ITE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >