Lebih ramai majikan disiasat, disyaki amal diskriminasi ambil pekerja, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

LAPORAN PIAWAIAN PENGAMBILAN KERJA MOM

Lebih ramai majikan disiasat, disyaki amal diskriminasi ambil pekerja

Nov 20, 2020 | 05:30 AM

LEBIH ramai majikan telah disiasat kerana kemungkinan amalan pengambilan pekerja yang berdiskriminasi.

Sekitar 260 kes amalan sedemikian telah disiasat oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil dan Progresif (Tafep) pada separuh pertama tahun ini, 60 peratus lebih tinggi berbanding 160 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Sebanyak 70 majikan kemudian digantung keistimewaan pas kerja mereka kerana amalan penggajian berdiskriminasi sehingga Ogos tahun ini - berbanding 35 bagi seluruh tahun lalu, menurut laporan Kementerian Tenaga Kerja (MOM), Tafep dan Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM).

Ini bermakna MOM melarang mereka daripada menggajikan warga asing baru atau memperbaharui pas kerja bagi kakitangan asing yang ada buat sementara waktu.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap MOM berkata sekitar 43 peratus telah dikenal pasti menerusi analitik data sebagai sebahagian daripada usaha siasatan proaktif MOM.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Baki 57 peratus dikenal pasti berdasarkan aduan diterima oleh kementerian itu dan Tafep.

Majikan yang melanggar Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Adil akan dilarang menggajikan pekerja asing baru atau memperbaharui pekerja yang ada selama 12 hingga 24 bulan di bawah penalti lebih tegas bermula tahun ini.

Dalam pada itu, tanggapan mengenai diskriminasi nampaknya telah meningkat, menurut satu tinjauan MOM pada 2018 yang ditukil dalam laporan itu.

Peratusan mereka yang merasakan adanya diskriminasi semasa proses mencari pekerjaan telah meningkat kepada 15 peratus pada 2018, berbanding 10 peratus pada 2014.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map