Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE 2021

Lebih ramai murid layak masuk Ekspres bawah sistem pemarkahan PSLE baru

98.4% boleh melangkah ke sekolah menengah
Nov 25, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bagi kohort Darjah Enam 2021, kumpulan murid pertama di bawah sistem pemarkahan Peringkat Pencapaian (AL) setanding dengan kohort sebelumnya di bawah sistem skor-T.



Sebanyak 98.4 peratus daripada keseluruhan 39,119 murid Darjah Enam yang menduduki PSLE tahun ini berjaya melangkah ke sekolah menengah, peratusan sama bagi kohort sebelum mereka.



Bahkan, lebih ramai murid atau 68.4 peratus layak ke aliran Ekspres tahun ini berbanding 66.3 peratus pada tahun sebelumnya.



Seramai 18.9 peratus kohort Darjah Enam 2021 layak ke aliran Normal (Akademik) dan 11.1 peratus layak ke aliran Normal (Teknikal).



Di bawah sistem AL baru juga, lebih ramai murid layak mengambil mata pelajaran pada tahap lebih mencabar di Menengah Satu.



Sekitar 65 peratus murid daripada aliran Normal layak mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran pada tahap lebih sukar, peningkatan daripada 47 peratus murid aliran Normal yang layak bagi kohort Menengah Satu 2021.



Ini disebabkan pertukaran kriteria kelayakan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) di bawah sistem AL baru.



Di bawah sistem pemarkahan AL, murid daripada aliran Normal boleh mengambil mata pelajaran yang lebih mencabar dalam aliran Normal (Akademik) atau Ekspres di Menengah 1 berdasarkan markah mereka bagi mata pelajaran tertentu.



Mengikut sistem pemarkahan baru AL yang kali pertama diumumkan pada 2016, setiap mata pelajaran PSLE peringkat standard akan diberi markah antara 1 dengan 8, dengan 1 merupakan yang terbaik.



Ini berbeza dengan gred A* hingga E yang diberikan sebelum ini.



Markah keseluruhan PSLE seseorang murid ialah jumlah AL bagi semua empat mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik dan Sains.



Kementerian Pendidikan (MOE) berkata, sistem baru itu bertujuan mengurangkan perbezaan halus keputusan peperiksaan murid pada usia yang muda, mengiktiraf tahap pencapaian murid tanpa mengambil kira prestasi rakan sebaya mereka dan membolehkan pelajar serta ibu bapa mereka meneroka lebih banyak sekolah menengah.



Mereka digalakkan mempertimbang program-program yang dijalankan sekolah, mata pelajaran dan aktiviti ko-kurikular (CCA) yang ditawarkan, budaya sekolah, jarak antara sekolah dengan rumah dan sokongan bagi pendidikan khas, jika perlu.



MOE juga menambah bahawa di bawah sistem penempatan Menengah Satu baru, susunan pilihan sekolah akan memainkan peranan dalam menentukan sama ada murid dapat memasuki sekolah pilihannya.



Menjelaskan, kementerian tersebut berkata, seandainya dua murid dengan keputusan sama terpaksa bersaing bagi satu tempat kosong, susunan pilihan sekolah murid akan diambil kira untuk menentukan siapa yang lebih layak diberi tempat tersebut.



Keputusan penempatan Menengah Satu akan diumumkan antara 22 dengan 24 Disember 2021.



Keputusan tersebut akan diberitahu melalui SMS, lama www.moe.gov.sg/s1-posting atau di sekolah rendah murid.




"Dalam tempoh dua tahun yang lalu, murid Darjah 6 kita terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan besar yang disebabkan Covid-19 dalam kehidupan dan kegiatan harian di sekolah.

Walau apa pun keputusan mereka, saya harap murid Darjah 6 tahu kami berbangga kerana mereka telah memberikan yang terbaik untuk PSLE tahun ini.

Kini, murid Darjah 6 mula memilih sekolah menengah dan saya menggalak ibu bapa untuk mengadakan perbualan dengan anak-anak mereka dan meneroka faktor apa yang paling penting (semasa memilih sekolah), seperti jarak sekolah dari rumah, budaya, kegiatan ko-kurikular dan program tersendiri yang ditawarkan sesebuah sekolah.

Sekolah-sekolah rendah dan guru-guru juga bersedia membimbing murid dan ibu bapa yang memerlukan sokongan ketika memilih sekolah di bawah sistem pemarkahan baru PSLE."

- Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, mengucapkan tahniah dan memberi pesanan kepada murid Darjah 6 yang baru mendapat keputusan PSLE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >