Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai orang dibenar berkumpul di tempat awam

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



LEBIH banyak tempat awam, termasuk masjid, akan dibenarkan mempunyai lebih ramai orang berkumpul di bawah pembukaan semula Fasa Ketiga yang akan bermula pada 28 Disember ini.



Misalnya, sehingga lapan orang akan boleh keluar dan duduk makan bersama di restoran atau mengunjungi rumah seseorang berbanding jumlah lima orang sekarang.



Selain itu, semua rumah ibadah akan dibenarkan menambahkan kapasiti bagi khidmat berjemaah dan ibadah lain sehingga 250 orang, dalam zon sehingga 50 orang setiap satu bagi khidmat berjemaah.



Namun, Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, mengingatkan semua bahawa Singapura tidak boleh leka dan mesti terus bersikap berwaspada meskipun sedang negara ini bersiap sedia memasuki Fasa Ketiga dalam sekitar dua minggu lagi, terutamanya dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.



"Kita kini berada di perkembangan penting dan di fasa baru dalam melawan virus ini. Namun, semua kemajuan yang diraih dengan usaha besar terhadap Covid-19 akan lesap jika kita mula bersikap relaks sekarang. Oleh itu, penting bagi kita terus berwaspada, terutamanya dalam tahap terakhir ini," kata beliau, yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dalam satu sidang media semalam.



Di bawah Fasa Ketiga, had kapasiti bagi pusat beli-belah dan kedai kendiri yang besar akan ditambah kerana ruang bagi setiap orang dikurangkan kepada 8 meter persegi daripada 10 meter persegi sekarang.



Tarikan juga boleh mula memohon kepada Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk meningkatkan kapasiti operasi mereka kepada sehingga 65 peratus.



Mereka yang mengadakan majlis pernikahan di rumah pula boleh mengundang sehingga lapan tetamu, tidak termasuk anggota keluarga rumah itu, kadi dan vendor, meskipun jika ia melebihi had 10 orang yang ada kini.



Muzik instrumental secara langsung, kecuali alat muzik angin, boleh dimainkan di majlis perkahwinan di dalam bangunan sahaja, upacara pengebumian dan kegiatan berkaitan pengebumian, dengan langkah-langkah pengurusan selamat dilaksanakan.



Di samping itu, persembahan langsung dalam bangunan juga akan dibenarkan bagi sehingga 250 orang, dibahagikan dalam zon sehingga 50 orang.



Kelonggaran yang sama itu juga akan diberikan buat persembahan langsung di luar yang dirintis demi memastikan tempat tersebut boleh mengendalikan persembahan luar yang lebih besar dengan selamat dan mengurangkan perhimpunan orang ramai.



Usaha perintis juga akan terus dilaksanakan bagi beberapa kegiatan dan situasi berisiko tinggi, seperti busking dan persembahan langsung di tempat luar, karaoke, hiburan malam, untuk menilai bagaimana kegiatan tersebut boleh diadakan dengan selamat.



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata tiga aspek utama yang dilaksanakan kini - langkah pengurusan selamat, ujian, dan penjejakan kontak - terus menjadi usaha yang perlu dan berkesan dalam membantu negara ini mengurangkan penyebaran Covid-19 dan memastikan penularan dalam masyarakat kekal rendah.



Ketika ditanya sama ada pihak berkuasa bimbang pengumuman ini akan dilihat sebagai satu 'kebenaran' bagi orang ramai berkumpul beramai-ramai semasa perayaan Hari Natal sebelum Fasa Ketiga dilaksanakan, Encik Wong terus menekankan keperluan bagi semua orang terus bersikap berwaspada, bertanggungjawab dan mengamalkan langkah-langkah jarak selamat yang dilaksanakan.



Tambahnya, duta jarak selamat akan terus mengingatkan orang ramai tentang langkah keselamatan dan pegawai penguatkuasaan juga akan melakukan pemeriksaan mereka.



"Apabila Fasa Ketiga bermula pada 28 Disember, anda akan dibenarkan mengadakan perhimpunan dalam kumpulan lebih besar, anda boleh keluar dan makan bersama lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan anda...tetapi terus amalkan sikap bertanggungjawab," kata beliau.



"Jika kami lihat ada individu yang melanggar peraturan, jika kami melihat tempat makanan dan minuman (F&B), hotel, atau sebarang kedai yang melanggar peraturan, kami akan perlu mengambil tindakan penguatkuasaan, dan ini akan dilakukan tanpa teragak-agak."




''Kita kini berada di perkembangan penting dan di fasa baru dalam melawan virus ini. Namun, semua kemajuan yang diraih dengan usaha besar terhadap Covid-19 akan lesap jika kita mula bersikap relaks sekarang. Oleh itu, penting bagi kita terus berwaspada, terutamanya dalam tahap terakhir ini.''
- Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >