Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai orang ditangkap kerana miliki rokok terlarang

Jun 25, 2018 | 02:50 PM



LEBIH ramai orang ditangkap membeli atau memiliki rokok kontraban tahun lalu, dengan perbezaan harga antara rokok yang dibayar dengan tidak dibayar cukai terus mendorong permintaan bagi rokok terlarang itu, menurut Kastam Singapura.



Sedang pihak berkuasa terus berusaha menangani isu itu, perangkaan Kastam Singapura menunjukkan bahawa 5,846 orang ditangkap kerana membeli atau memiliki rokok kontraban tahun lalu, berbanding 5,184 orang pada 2016 dan 5,472 orang pada 2015.



Februari lalu, cukai tembakau naik sebanyak 10 peratus dan ini bermakna harga rokok juga sekurang-kurangnya $1 lebih mahal.



Bagaimanapun, jumlah orang yang ditangkap kerana menjual rokok kontraban berkurangan, dengan 309 orang ditangkap bagi kesalahan itu tahun lalu berbanding 437 orang pada 2016 dan 462 orang pada 2015.



Jurucakap Kastam Singapura berkata mereka bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang di sempadan negara untuk menjalankan penguatkuasaan bagi mengatasi penyeludupan rokok yang tidak dibayar cukai.



Mereka turut menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap sindiket dalam negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >