Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai orang kurang upaya digajikan semasa Covid-19

Pelbagai sokongan disedia bagi golongan kurang upaya, majikan
Mar 10, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai individu kurang upaya diambil bekerja sepanjang dua tahun lalu berbanding tempoh sebelum pandemik Covid-19, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.



Menurut data terkini Tinjauan Tenaga Kerja Menyeluruh (CLFS), kadar pengambilan kerja penduduk purata bagi individu kurang upaya berusia 15 hingga 64 tahun ialah 30.1 peratus dari 2020 hingga tahun lalu - lebih tinggi berbanding 28.2 peratus dari 2018 hingga 2019.



Encik Chua berkata kebanyakan individu kurang upaya bekerja dalam sektor masyarakat, perkhidmatan sosial dan peribadi, perkhidmatan makanan dan minuman, dan perkhidmatan profesional.



Meskipun lebih ramai diambil bekerja, Encik Chua berkata golongan itu menghadapi cabaran dalam mencari pekerjaan.



"Beberapa cabaran biasa yang dihadapi individu kurang upaya dalam mendapatkan pekerjaan termasuk keperluan bagi sokongan tambahan untuk menyesuaikan diri dengan tempat kerja dan kesukaran berkomunikasi dengan rakan sekerja dan penyelia.



"Beberapa majikan juga prihatin mengenai kos tambahan yang diperlukan untuk menggajikan dan menyokong individu kurang upaya, seperti pengubahsuaian tempat kerja fizikal dan pembelian peralatan," kata beliau di Parlimen semalam.



Untuk menangani cabaran tersebut, Encik Chua berkata pelbagai langkah sokongan disediakan bagi golongan kurang upaya dan juga majikan.



Bagi individu kurang upaya sedang mencari pekerjaan, mereka boleh mendekati SG Enable, yang mentadbirkan Program 'Open Door' (ODP) - program yang menyokong majikan dalam pengambilan kerja, latihan dan menyepadukan individu kurang upaya ke dalam tenaga kerja.



Antara 2014 dengan tahun lalu, SG Enable dan rakan penempatan pekerjaannya membantu lebih 3,500 individu mendapatkan pekerjaan.



Sementara itu, sekitar 600 pertubuhan telah menyertai latihan untuk belajar kemahiran merekrut dan menyepadukan individu kurang upaya di tempat kerja.



Inisiatif Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya (EEC) pula menyediakan imbangan gaji hingga 30 peratus bagi setiap pekerja kurang upaya warga Singapura yang mendapat gaji bawah $4,000 sebulan.



Lebih 5,200 majikan menggajikan lebih 8,600 individu kurang upaya dengan sokongan EEC itu sepanjang separuh pertama tahun lalu.



Terdapat juga skim seperti Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) yang menyediakan sokongan gaji kepada syarikat yang menambahkan pengambilan kerja pekerja tempatan.



Berdasarkan data terkini, Encik Chua berkata lebih 2,900 individu kurang upaya diambil bekerja antara September 2020 dengan Ogos tahun lalu dengan sokongan JGI.



Selain itu, lebih 2,800 individu kurang upaya dilatih SG Enable dan rakan mereka antara 2014 dengan tahun lalu dengan sokongan Geran Latihan ODP.



Geran itu boleh dimanfaatkan individu kurang upaya untuk menyertai kursus latihan bagi membangunkan kemahiran baru atau mempertingkat kemahiran sedia ada supaya dapat merangsang daya kerja mereka.



SG Enable juga telah memperkenal tiga program baru di bawah Majlis Pekerjaan Nasional - program Penempatan dan Latihan, Bekerja Sambil Berlatih, dan Pembangunan Kemahiran - untuk menyediakan peluang pekerjaan, latihan dan peningkatan kemahiran tahun lalu.



Di bawah program tersebut, hampir 300 peluang pekerjaan dan latihan telah diwujudkan bagi individu kurang upaya, kata Encik Chua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >