Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai orang muda kini jadi penjaja

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



LEBIH ramai penjaja yang lebih muda kian menyertai bidang perniagaan tersebut, sekali gus menjadi petanda baik bagi meneruskan budaya penjaja Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor semalam.



Bercakap sewaktu lawatannya ke pusat penjaja yang terletak di Blok 84 Marine Parade Central, Dr Khor berkata 28 daripada 85 peserta baru dalam program inkubasi penjaja pemerintah, mempunyai usia purata sekitar 35 tahun.



Selain itu, beliau turut memberi perincian lanjut mengenai Skim Peralihan Penjaja (HSS) yang diumumkan pemerintah bulan lalu.



Skim tersebut bertujuan memadankan penjaja baru dengan yang lebih lama bagi peralihan, sekali gus menangani secara langsung masalah yang industri itu hadapi sekian lama.



Di bawah skim baru yang akan dirintis dalam suku pertama tahun depan, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dengan nasihat sebuah panel bebas, akan memadankan penjaja yang akan bersara itu dengan mereka yang baru menceburi industri itu supaya resipi dan kemahiran kulinari boleh diturunkan, sambil membolehkan penjaja lama membimbing penjaja baru cara terbaik mengurus gerai mereka.



Menurut NEA, sebelum mengambil alih gerai, penjaja baru ini perlu menjalani ujian memasak untuk memastikan kualiti makanan yang disediakan penjaja veteran dapat dikekalkan



Ujian tersebut akan dikendalikan oleh penjaja veteran yang ditugaskan, pihak NEA serta panel bebas.



"Kami akan terus memberi dorongan kepada penjaja baru dalam bidang perniagaan ini melalui inisiatif seperti Program Inkubasi Gerai dan Skim Peralihan Penjaja.



"Di bawah Skim Peralihan Penjaja, kami akan mempermudahkan peralihan gerai penjaja dan resipi dari penjaja veteran yang telah bersara kepada pengganti mereka yang bercita-cita tinggi melalui program perantis dan bimbingan yang dipadankan dengan teliti," kata Dr Khor.



Semasa lawatannya, Dr Khor turut melancarkan sambutan SG HawkerFest bagi meraikan penyertaan budaya penjaja Singapura dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ketara.



Beliau berharap ramai rakyat Singapura dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan yang akan diadakan selama tiga minggu, hingga 11 Januari, sempena menyambut pengiktirafan tersebut.



Dr Khor berkata: "Budaya penjaja di Singapura milik kita semua - dari penjaja muda yang mempunyai keberanian dan semangat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini, sehingga penjaja veteran yang telah bekerja keras untuk mengasah kemahiran mereka selama beberapa dekad untuk menyediakan makanan penjaja kegemaran kami, serta individu seperti anda dan saya, yang sentiasa melanggani pusat penjaja dengan keluarga dan rakan .



"Saya ingin menggalak orang ramai untuk menyertai SG Hawkerfest untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya penjaja kami selain memberi pengiktirafan kepada penjaja kita atas dedikasi serta sumbangan mereka terhadap warisan Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >