Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pegawai SAF dikerah bantu program pemulihan Covid-19 di rumah

Oct 27, 2021 | 05:06 PM



SEHINGGA sebulan lalu, peranan Koperal Luth Danish Zani dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) melibatkan usaha menyokong unit lain dalam operasi mereka sebagai jurutera kombat.



Namun, sejak 29 September, beliau membantu usaha nasional Covid-19 sebagai rakan pemulihan di rumah - barisan pertama dalam kalangan kontak pesakit Covid-19, di bawah Program Pemulihan Rumah Covid-19, Kementerian Kesihatan (MOH).



Sehingga 24 Oktober, lebih 450 pegawai SAF telah dilibatkan sama untuk membantu dalam program ini yang bermula 15 September lalu.



Bersama kakitangan daripada agensi lain seperti Persatuan Rakyat (PA), Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC) dan GovTech, SAF telah membantu mempertingkatkan dan memperbaiki program ini, kata pengarah kumpulan di Kumpulan Strategi Krisis dan Operasi MOH, Encik Dinesh Vasu Dash, dalam satu sidang maya pada Rabu (27 Oktober).



Program ini berdepan dengan masalah awal pelaksanaannya dan beberapa aduan dalam masa beberapa minggu setelah ia dilancarkan.



Ramai orang melaporkan bahawa mereka tidak dapat menghubungi MOH bagi mendapatkan nasihat tentang situasi tertentu yang mereka hadapi lantas mereka tidak tahu apa lagi perlu dilakukan.



Encik Dinesh berkata pada Rabu bahawa beliau berterima kasih di atas pertolongan pelbagai pihak yang membolehkan pasukannya kini menangani 95 peratus daripada panggilan yang diterima atau membuat panggilan mengenai program ini.



Sebagai tambahan, lebih 90 peratus daripada mereka yang layak menjalani pemulihan di rumah kini dihubungi bagi menyertai program ini dalam tempoh 24 jam setelah mereka mengirimkan butiran peribadi dalam talian.



Program pemulihan di rumah sudah menjadi aturan jagaan utama bagi pesakit Covid-19 yang tidak menampakkan tanda jangkitan atau mengalami tanda jangkitan ringan.



Ini tidak termasuk beberapa individu yang dinilai dan didapati tidak layak kerana kedudukan vaksinasi dan usia mereka.



Encik Dinesh juga berkata kerana sistem teleperubatan yang dikenali sebagai Sistem Penyesuaian Penempatan Teleperubatan (TMARS), hampir 85 peratus kes yang meminta sokongan teleperubatan menerimanya dalam masa 24 jam pertama.



Ini adalah satu peningkatan dari awal Oktober, di mana kadarnya adalah sekitar 50 peratus, jelas Encik Dinesh.



Agensi pemerintah lain juga telah menyertai usaha ini.



AIC, menerusi sayap bantuannya, Pejabat Generasi Perak, membantu warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam perjalanan pemulihan mereka di rumah.



Ini dilakukan menerusi kunjungan ke rumah warga emas yang lebih terdedah pada jangkitan, menghubungi mereka setiap hari hingga perintah pengasingan mereka tamat serta menghantar makanan kepada mereka bila-bila diperlukan.



Encik Dinesh menjelaskan 70 peratus mereka yang dijangkiti setiap hari kini sedang beransur pulih di rumah.



"Jumlahnya agak besar, dan kes sebegini kemungkinan ditujukan kepada beberapa bahagian sistem jagaan kesihatan yang berbeza jika tidak dirawat di rumah sehingga menyebabkan sistem berkenaan 'dicerut'," jelasnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >