Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pekerja boleh kembali ke tempat kerja mulai 5 April

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai pekerja yang kini bekerja dari rumah akan dapat kembali ke tempat kerja mulai 5 April nanti.



Ini sedang tempat-tempat kerja beralih dari bekerja dari rumah sebagai pilihan utama, kepada aturan kerja yang lebih fleksibel, kata Menteri Pendidikan, Lawrence Wong semalam.



Encik Wong yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian, mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus kakitangan boleh kembali ke tempat kerja pada satu-satu masa, berbanding 50 peratus buat masa ini.



Sekatan buat masa ini yang memerlukan kakitangan bekerja dari rumah untuk sekurang-kurangnya separuh daripada masa bekerja, akan ditarik balik, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media.



Aturan pasukan berasingan juga tidak lagi wajib. Tetapi syarikat boleh meneruskan aturan sedemikian demi tujuan kesinambungan perniagaan.



Sekatan ke atas pengerahan rentas tempat kerja akan dikekalkan, tambah MOH.



"Kami akan menggalak majikan supaya mengaturkan waktu mula bekerja yang berlainan untuk pekerja dan melaksanakan waktu bekerja fleksibel dan tentunya, majikan harus terus melaksanakan kesemua langkah pengurusan selamat yang ada," ujar Encik Wong.



Perhimpunan sosial dan riadah di tempat kerja seperti acara menjalin ikatan pasukan, yang dianjurkan majikan akan dibenarkan, tetapi harus dibataskan kepada tidak lebih daripada lapan orang, jelas MOH.



Rakan kerja tiga pihak - yang terdiri daripada Kementerian Tenaga Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) - menggesa syarikat supaya mematuhi langkah jarak selamat yang perlu dan had kapasiti dalam menganjurkan acara berkaitan kerja.



"Disebabkan risiko penyebaran lebih tinggi apabila orang ramai menanggalkan pelitup muka, maka sajian makanan tidak seharusnya menjadi keutamaan dalam acara itu dan syarikat harus mengelak mengadakan acara semasa waktu makan, seberapa yang boleh," kata MOH.



Majikan juga harus terus mematuhi langkah pengurusan selamat seperti membersihkan ruang bersama dengan tetap, memastikan penjarakan selamat dikuat kuasakan dan pelitup dipakai setiap masa.



MOH berkata tindakan akan diambil terhadap majikan yang gagal mematuhi langkah itu dan ini termasuk kemungkinan menutup tempat kerja.



Majikan juga harus bersedia bahawa keadaan sekarang adalah dinamik, tambah MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >