Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

PARLIMEN

Lebih ramai pekerja jagaan kesihatan berhenti kerana amat penat dek Covid-19

1,500, termasuk 500 doktor dan jururawat migran, letak jawatan dalam enam bulan pertama tahun ini: Janil
Nov 02, 2021 | 05:30 AM



KADAR peletakan jawatan dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan telah meningkat, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, semalam.



Sekitar 1,500 pekerja penjagaan kesihatan meletak jawatan dalam enam bulan pertama tahun ini, berbanding 2,000 setiap tahun sebelum pandemik Covid-19, katanya.



"Pekerja penjagaan kesihatan migran juga telah meletak jawatan dalam bilangan besar, terutama apabila mereka tidak dapat mengunjungi keluarga mereka di negara masing-masing," tambah beliau.



Sejauh ini, hampir 500 doktor dan jururawat migran telah meletak jawatan dalam separuh pertama tahun ini berbanding sekitar 500 sepanjang 2020 dan sekitar 600 pada 2019.



"Peletakan jawatan ini kebanyakannya atas sebab-sebab peribadi kerana penghijrahan atau pulang ke negara asal," kata Dr Janil dalam satu kenyataan peringkat menteri di Parlimen semalam.



Beliau mengambil perhatian bahawa bagi pekerja penjagaan kesihatan, perjuangan harian mereka menentang pandemik ini sudah berterusan lebih 20 bulan, dengan sebilangan besar mereka tidak dapat mengambil cuti sejak 2020.



Lebih 90 peratus daripada mereka tidak akan dapat menghabiskan cuti terkumpul bagi 2021, tambahnya.



"Ini bilangan yang lebih tinggi daripada sepanjang dua tahun lalu. Pekerja penjagaan kesihatan kita telah melakukan lebih daripada panggilan tugas untuk menjaga pesakit mereka," tambahnya.



Pada September, jururawat bekerja secara purata 160 hingga 175 jam sebulan.



"Saya menerima mesej WhatsApp daripada seorang anggota kanan pasukan perubatan: 'Kami semakin mempunyai terlalu banyak kerja dan amat letih... Kami tidak pasti berapa lama kami boleh bertahan. Semangat semakin menipis'," ujar Dr Janil.



Seorang lagi rakan sekerja menghantar mesej ini: "Rasanya apa yang bermula seperti satu larian 2.4 kilometer berubah menjadi satu maraton, dan apabila kami hampir tiba di garisan penamat, kami perlu melakukan maraton kedua.



"Kakitangan kami amat letih secara fizikal, mental dan emosional, - sama ada mereka mengaku atau tidak."



Memandangkan pekerja penjagaan kesihatan berterusan bekerja teruk, "tidak menghairankan" kadar peletakan jawatan meningkat tahun ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) sedang secara aktif mengerahkan semula tenaga manusia untuk berkhidmat sebagai penolong penjagaan kesihatan atau penolong penjagaan pesakit di institusinya, kata beliau.



"Kami sedang mendekati lebih ramai sukarelawan untuk menyertai SG Healthcare Corps dan menyokong kerja penting ini.



"Kami sedang bekerjasama dengan hospital swasta untuk membantu mengurangkan sedikit beban pekerja penjagaan kesihatan di hospital awam.



"Kami juga sedang mempertingkat pengambilan pekerja penjagaan kesihatan dari luar negara," kata Dr Janil.



Beliau menambah bahawa institusi penjagaan kesihatan awam juga telah mempertingkat usaha mendekati kakitangan berhubung langkah sokongan bagi melindungi kesejahteraan mereka.



Ini termasuk menawarkan khidmat kaunseling, talian bantuan kakitangan dan program sokongan sekakitangan.



Menjawab pertanyaan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) mengenai jabatan hospital mengambil kira cuti sakit sebagai salah satu petanda prestasi kerja, Dr Janil berkata itu adalah kejadian terpencil masa lalu dan amalan itu telah dihentikan.



"Pekerja penjagaan kesihatan prihatin begaimana cuti sakit menjejas penilaian prestasi mereka boleh menghubungi kesatuan sekerja mereka, Kementerian Tenaga Manusia atau MOH bagi bantuan," tambah beliau.




DUA MESEJ YANG DITERIMA JANIL DARIPADA PEGAWAI KANAN PENJAGAAN KESIHATAN



"Kami semakin mempunyai terlalu banyak kerja dan amat letih... Kami tidak pasti berapa lama kami boleh bertahan. Semangat semakin menipis."



"Rasanya apa yang bermula seperti satu larian 2.4 kilometer berubah menjadi satu maraton, dan apabila kami hampir tiba di garisan penamat, kami perlu melakukan maraton kedua. Kakitangan kami amat letih secara fizikal, mental dan emosional, - sama ada mereka mengaku atau tidak."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >