Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pekerja sektor awam letak jawatan tahun lalu

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai pekerja sektor awam telah meletak jawatan tahun lalu dan mencapai kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun bagi skim eksekutif pengurusan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, semalam.



Kadar peletakan jawatan dalam Skim Eksekutif Pengurusan mencapai 9.9 peratus tahun lepas, yang tertinggi dalam sedekad, dan kemerosotan itu meningkat dalam tempoh enam bulan lalu.



Encik Chan berkata segmen tertentu seperti teknologi infokom (ICT) menghadapi lebih banyak tekanan dalam menghadapi kekurangan bakat.



Kadar peletakan jawatan bagi sektor ICT adalah lebih tinggi daripada 9.9 peratus tahun lepas, katanya tanpa menyatakan kadarnya.



Faktor-faktor seperti tekanan pekerjaan lebih tinggi, gaji dan peluang untuk pembangunan profesional dan kemajuan telah menyumbang kepada peletakan jawatan daripada perkhidmatan awam.



Encik Chan berkata:



"Khususnya, sejak dua tahun lalu, pegawai awam terpaksa berdepan tekanan hebat, bekerja keras untuk mengekalkan usaha memerangi Covid-19.



"Ada kalanya, mereka juga terpaksa berdepan dengan orang awam yang kebimbangan dan malah mendesak dalam menjalankan tugas berkaitan Covid-19.



"Peralihan kepada kerja dari jauh juga telah mengaburkan garis antara kerja dan kehidupan."



Terdapat juga risiko lebih ramai meletak jawatan sedang ekonomi pulih dengan sektor swasta menawarkan lebih banyak pekerjaan.



Encik Chan berkata di tengah-tengah tuntutan kerja yang lebih tinggi, perkhidmatan awam akan meningkatkan usaha untuk menyelaraskan proses dan menyokong kesihatan dan kesejahteraan mental pegawai awam.



Sebagai contoh, acara webinar dijalankan secara tetap mengenai topik berkaitan kesejahteraan, serta talian hotline kaunseling 24 jam juga disediakan, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >