LEBIH ramai pemilik kenderaan memilih melanjutkan tempoh pemilikan kenderaan mereka melebihi 10 tahun, dengan bilangannya mencapai rekod baru tahun ini.
Perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan sejumlah 46,299 Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) telah disahkan semula - atau dilanjutkan - dalam tempoh antara Januari dengan Oktober tahun ini.