Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pencarum raih untung lebihi kadar faedah dijamin skim pelaburan CPF tahun lalu

CPF
Sep 27, 2017 | 06:53 PM



 



SEBANYAK 78 peratus atau 441,000 pencarum yang menggunakan simpanan Akaun Biasa (OA) di bawah Skim Pelaburan Tabung Simpanan Pekerja (CPFIS) mencatatkan keuntungan melebihi kadar faedah dijamin OA sebanyak 2.5 peratus setahun bagi tahun kewangan berakhir 30 September tahun lalu.



Ia melebihi 27 peratus atau 159,000 pencarum yang meraih keuntungan bagi tahun kewangan 30 September 2015.



Kenaikan itu menyusuli pasaran saham yang meningkat di peringkat sejagat, menurut Lembaga CPF.



Prestasi itu dicatatkan hasil kaedah perkiraan baru digunakan Lembaga CPF bagi mengira prestasi pelaburan tersebut.



Perubahan itu antara lain, mengecualikan pencarum yang tidak mempunyai pelaburan OA CPFIS dalam tahun dilaporkan itu tetapi mempunyai akaun pelaburan CPFIS (CPFIA).



Ia juga menyertakan pencarum yang meraih keuntungan atau menanggung kerugian tetapi tidak menjual pelaburan bagi merealisasikan keuntungan atau kerugian itu.



“Lembaga CPF membuat semakan kaedah bagi mengira keuntungan/kerugian OA CPFIS menyusuli pemerhatian dibuat Panel Penasihat CPF bahawa prestasi pelaburan di bawah CPFIS boleh dinilai menggunakan kaedah alternatif. Laporan keuntungan/kerugian keseluruhan baru OA CPFIS lebih mencerminkan prestasi pelaburan anggota CPF lebih menyeluruh kerana ia mengambil kira nilai portfolio pelaburan dan prestasi pelaburan jangka panjang,’’ kata Encik Low Pat Chin, Pengarah Kumpulan Lembaga CPF bagi Kumpulan Akaun Anggota dan Pelaburan, dalam kenyataan menjawab soalan pemberita.



Panel Penasihat CPF itu dibentuk bagi menyarankan saranan bagi membaiki sistem CPF.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >