Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai penderma sumsum tulang Melayu diperlukan

Program Penderma Sumsum Tulang: Masyarakat Melayu hanya bentuk 8% penderma
Dec 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai penderma sumsum tulang Melayu diperlukan demi membantu pesakit yang menghidapi leukemia dan penyakit berkaitan darah lain.



Buat masa ini, orang Melayu hanya merangkumi 8 peratus dalam daftar Program Penderma Sumsum Tulang (BMDP), kata BMDP bagi menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).



Menurutnya, peluang terbaik seseorang untuk menemui penderma sumsum tulang yang bersesuaian adalah daripada latarbelakang kaum yang sama, dan bagi orang Melayu, peluangnya adalah 20 peratus.



Menyifatkan hal ini sebagai satu keprihatinan, BMDP berkata:



"Dengan penderma dari kumpulan minoriti etnik setempat yang kurang diwakili dan kebergantungan pesakit kami terhadap penderma luar negara, ini adalah seruan mendesak kepada orang Melayu dan India yang layak agar memahami keperluan mendesak ini dan mendaftar diri anda."



BMDP berharap dapat menambah kira-kira 42,300 penderma Melayu dan India ke dalam daftar supaya dapat mencapai saiz penderma yang baik.



Sumsum tulang merupakan tisu lembut yang didapati dalam tulang-tulang besar di dalam badan dan berfungsi menghasilkan sel darah serta sel yang membina sistem imun badan.



Pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan darah mungkin memerlukan pemindahan sumsum tulang apabila sumsum tulang mereka gagal menghasilkan sel darah sihat yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tubuh.



Penyakit yang biasanya memerlukan pemindahan ialah Acute Myeloid Leukaemia (AML), Acute Lymphocytic Leukaemia (ALL) dan Myelodysplastic Syndrome (MDS).



Pemindahan sumsum tulang akan merangsang pertumbuhan sumsum tulang baru dalam badan dan sel imun baru ini akan membantu pesakit untuk melawan penyakitnya dengan lebih berkesan.



Antara penerima sumsum tulang ialah Cik Miranti Adriani, 42 tahun, yang menyifatkan rawatan itu sebagai memberinya "peluang kedua untuk hidup" setelah didiagnos dengan leukemia pada 2014.



Menceritakan pengalamannya mencari penderma, Cik Miranti berkata apabila satu-satunya adik lelakinya tidak bersesuaian dengannya, beliau kemudiannya merujuk ke BMDP.



Beliau perlu melalui dua pusingan kemoterapi sebelum mendapat penderma yang sepadan.



"Saya rasa amat lega apabila mereka memberitahu saya bahawa mereka sudah temui (sumsum tulang) yang bersesuaian... saya rasa saya bakal memenangi perjuangan barah ini dan tidak sabar menjalani kehidupan biasa setelah pemindahan sumsum tulang," ujar pengarah syarikat penjagaan kesihatan itu.



Kini bebas daripada barah, Cik Miranti berkata pengalaman tersebut mengingatkan dirinya agar tidak lupa untuk menyumbang kembali kepada orang lain dan menghulurkan bantuan.



Menurut BMDP, terdapat dua prosedur bagi menjalankan pemindahan - pertama, yang dilalui 90 peratus penderma, ialah Pengumpulan Sel Induk Darah Periferal di mana sel induk dikumpul menerusi aliran darah.



Kedua, yang dilalui 10 peratus penderma, ialah Pengumpulan Sumsum Tulang, di mana sumsum dikumpulkan dari belakang tulang pelvis.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan bahawa pendermaan sumsum tulang dibolehkan bagi membantu menyelamatkan nyawa.



Sesiapa sahaja yang sihat dan berumur antara 18 dengan 49 tahun boleh mendaftar sebagai penderma.



Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman www.bmdp.org.



Laporan lanjut: Derma sumsum tulang demi bantu pesakit leukemia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >