Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai penghidap autisme bakal digajikan di sektor penjagaan kesihatan

Oct 03, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN pekerja hospital yang menghidap autisme dijangka bertambah dan lebih banyak jenis pekerjaan bakal disediakan bagi individu yang mempunyai autisme.



Ini hasil sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) tiga tahun baru yang dimeterai antara IHH Healthcare Singapore (IHH SG) dan Autism Resource Centre (Singapore) (ARC) semalam.



MOU itu dimeterai di Enabling Village di Lengkok Bahru dengan disaksikan Presiden Halimah Yacob.



Ia bertujuan melatih dan melengkapi lebih ramai orang dalam spektrum autisme dengan kemahiran sesuai bagi sektor penjagaan kesihatan di luar hospital dan klinik IHH SG.



Selepas majlis pemeteraian itu, kira-kira 300 kakitangan IHH SG, pelanggan ARC dan ahli keluarga mereka menyertai walkaton 'Walk for Good' (Berjalan Demi Kebaikan) di Hospital Mount Elizabeth Novena dengan Presiden Halimah.



IHH SG syarikat penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Singapura, mengendalikan empat hospital, termasuk hospital Mount Elizabeth di Novena dan Orchard.



Terdapat 15 pekerja autisme di bawah IHH SG, yang bekerja di bahagian farmasi dan radiologi dan rekod perubatan serta di pejabat korporat.



Peranan mereka termasuk mengisi ubat dan filem X-ray dan menyelesaikan percanggahan data.



Pengarah eksekutif ARC, Cik Jacelyn Lim, berkata:



"Orang yang mempunyai autisme memang mempunyai ciri-ciri tertentu, seperti perhatian terhadap perincian dan ketepatan, jadi ia berfungsi dengan baik untuk sektor penjagaan kesihatan di mana rekod data pesakit sangat kritikal."



Ketua Eksekutif IHH SG, Encik Prem Kumar Nair, pula berlata:



"Dalam penjagaan kesihatan, kami sangat kekurangan kakitangan. Penjagaan kesihatan sentiasa beroperasi di bawah tahap yang kami perlukan.



"Kami mempunyai dua jenis kakitangan, mereka yang bekerja di barisan hadapan dan banyak kerja di balik tabir seperti pengurusan bil dan rekod."



Sementara itu, walkaton sejauh 8.2 kilometer itu diadakan bagi mengumpul dana serta menyambut ulang tahun ke-10 Hospital Mount Elizabeth Novena. Peserta berjalan dari Hospital Mount Elizabeth Novena ke garis akhir di Enabling Village.



Kedua-dua hospital Mount Elizabeth juga menyumbang $100,000 kepada ARC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >