Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Setempat

Lebih ramai pengunjung masuk S'pura di laluan imigresen auto: ICA

Feb 11, 2020 | 08:59 PM

LEBIH ramai pengunjung memasuki Singapura dengan melalui laluan imigresen automatik di pusat pemeriksaan darat.

Sebanyak 55 peratus pengunjung melakukan demikian tahun lalu, berbanding 49 peratus pada 2017, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Ini kerana lebih banyak langkah telah diambil untuk memudahkan laluan automatik.

Antara peningkatan infrastruktur yang membolehkan hal tersebut termasuk pemasangan 164 laluan automatik di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

Ini telah membantu mempercepat laluan masuk bagi pengguna motosikal sebanyak 30 peratus.

Tahap automasi akan meningkat lagi pada 2022 apabila ICA membangunkan Konsep Kelulusan Baru bagi sistem kawalan sempadan automatik.

Berdasarkan imbasan mata dan biometrik muka, sistem tersebut membolehkan warga Singapura, dan kemudian warga asing, melalui pemeriksaan imigresen tanpa perlu mengeluarkan pasport mereka, lapor The Straits Times.