Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG TAHUN BARU 2018

Lebih ramai relewan diperlukan bagi jayakan program sepanjang tahun

Dec 30, 2017 | 05:30 AM



MEREKRUT lebih ramai sukarelawan merupakan antara resolusi utama pengarah Persatuan Rakyat bagi Our Tampines Hub, Encik Suhaimi Rafdi bagi tahun 2018.



Menurut beliau, buat masa ini pusat tersebut mempunyai sekumpulan 2,500 sukarelawan aktif tetapi lebih ramai lagi diperlukan memandangkan Our Tampines Hub bakal mengadakan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun akan datang.



"Bagi setiap acara yang kami anjurkan, sekitar 300 hingga 400 sukarelawan diperlukan. Justeru penting untuk terus mendapatkan lebih ramai tenaga sukarelawan menyingsing lengan bagi pelbagai aktiviti yang kami anjurkan," ujarnya.



Dari segi demografik sukarelawan yang ada sekarang, lebih separuh merupakan mereka yang berusia lebih 40 tahun dengan kebanyakannya suri rumah.



Hampir 70 peratus di antara mereka merupakan kaum wanita.



"Namun sejak kebelakangan ini, kami dapat lihat jumlah pelajar politeknik dan universiti tampil menjadi sukarelawan," kata Encik Suhaimi yang juga aktif melakukan kerja-kerja sukarelawan sejak lima tahun lalu.



Bagi mengekalkan keinginan sukarelawan terus aktif berkhidmat, Encik Suhaimi berkata pihaknya telah memadankan para sukarelawan itu dengan minat mereka.



Ini bermakna mereka akan dipadankan pada acara yang mereka gemari sama ada sukan atau hiburan.



Di samping itu, sukarelawan juga dapat menikmati beberapa keutamaan bagi acara-acara kendalian Persatuan Rakyat, mendapat kemeja-T serta makanan yang disediakan bagi setiap kali mereka menjadi sukarelawan.



Mereka yang berminat boleh ke kaunter maklumat Our Tampines Hub untuk mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >