Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai saintis, jurutera wanita miliki PhD

Mar 08, 2017 | 10:37 AM



LEBIH ramai saintis dan jurutera penyelidik (RSE) wanita didapati memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD), menurut kajian yang dijalankan oleh Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Nasional terbaru, yang dijalankan pada 2015, menunjukkan terdapat 2,740 wanita memiliki PhD di kalangan (RSE), berbanding dengan 1,729 pada 2010. Ia adalah kenaikan lebih 50 peratus.



Angka itu didedahkan A*Star pada Selasa sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Angka RSE lelaki yang memiliki PhD pada 2015 tidak diberi. Tetapi terdapat 7,168 lelaki berbanding 2,483 wanita - nisbah 3:1 - menurut kajian 2014.



Hampir satu daripada tiga RSE di Singapura adalah wanita. Kaji selidik 2014 meletakkannya pada kadar 29 peratus.



Nisbah Singapura itu melebihi negara-negara maju.



Perangkaan 2013 Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menunjukkan nisbah serupa di Perancis dan Jerman - masing-masing 25 peratus dan 28 peratus.



Saintis penyelidikan Sharon Nai, 39 tahun, yang berkelulusan PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan memimpin pasukan di A*Star dalam penyelidikan pembuatan bahan tambahan 3D, berkata beliau melihat lebih ramai pelatih wanita mahukan tugasan kerja - suatu yang beliau alu-alukan.



"Nisbah lelaki kepada perempuan tidak harus menjadi halangan. Ia adalah tentang semangat kerja," katanya kepada The Straits Times.



Inilah yang mendorong beliau kekal dalam industri itu sejak menyertai Institut Teknologi Pengilangan Singapura A*Star pada 2002.



"Dalam bidang penyelidikan ini, saya dapat terlibat dengan industri yang berkaitan. Dapat menyumbang merupakan sesuatu yang saya hargai," katanya .



Saintis penyelidikan Tan Yen Nee, 35, bersetuju. Antara projek yang beliau usahakan di Institut r Bahan Penyelidikan dan Kejuruteraan A*Star boleh mempercepatkan proses penemuan dadah antibarah.



"Saya gembira melakukan penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.



Dr Tan, yang berkelulusan PhD dalam bidang kejuruteraan molekul sistem biologi dan kimia dan seorang pembantu pensyarah di Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata lebih ramai pelajar perempuan telah meminta latihan atau lawatan ke makmal.



Tetapi Dr Tan, ibu dua anak, berkata terdapat cabaran khusus bagi saintis wanita, seperti lebih berhati-hati semasa hamil.



"Saya agak cemerkap semasa hamil dan kami bekerja menggunakan beberapa bahan kimia berbahaya di makmal," katanya. Katanya, menggunakan peralatan perlindungan peribadi sudah memadai.



Beliau percaya bahawa mereka yang menjadi model peranan dalam arena sains harus tampil menjadi mentor dan menggalakkan wanita muda memburu kerjaya.



"Ia mungkin sukar, tetapi sebagai wanita, kita boleh bertahan dan mendakap cabaran," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >