Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai wanita di tampuk kepimpinan badan Melayu

May 24, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN wanita dalam pertubuhan Melayu/Islam (MMO) kian diberi lebih peluang menerajui jawatan penting kepimpinan sejak mutakhir ini, dengan mereka antara lain dilantik memikul tugas seperti setiausaha agung dan naib presiden.



Tinjauan rambang Berita Harian (BH) di laman web beberapa MMO utama baru-baru ini menunjukkan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah melantik Ustazah Sukarti Asmoin sebagai naib presidennya.



Persatuan Muhammadiyah, Perdaus dan Majlis Pusat pula melantik wanita sebagai setiausahanya.



Setiausaha kehormat Perdaus ialah Ustazah Zarina Begam Abdul Razak; setiausaha agung Majlis Pusat, Cik Isiah Majid dan setiausaha agung Muhammadiyah, Cik Cik Roszanah Abdul Salim.



Pergas, Muhammadiyah dan Majlis Pusat juga melantik wanita sebagai bendahari.



Tinjauan itu turut mendapati keanggotaan wanita dalam lembaga kepimpinan MMO, yang sebelum ini sering dikuasai kaum lelaki, juga kian ketara. Misalnya, Pergas mempunyai lima wanita dalam lembaga kepimpinannya; Perdaus empat; Majlis Pusat juga empat; Muhammadiyah tiga; Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) tiga; Jamiyah dua; Pertapis dua; dan AMP satu.



Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) pula mempunyai sekitar 25 peratus ahli Jawatankuasa Pentadbirnya wanita.



Tinjauan itu tidak termasuk wanita dilantik bertugas sepenuh masa seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah dan Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Cik Zarina Yusof.



Kesemua anggota kepimpinan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) pula sememangnya wanita memandangkan ia menyediakan khidmat khusus bagi kaum Hawa.



Ustazah Sukarti berkata mempunyai perwakilan wanita dalam Majlis Tertinggi Pergas bukan baru.



Katanya, mereka telah menyumbang kepada landskap agama dan pendidikan Islam Singapura lebih sedekad.



"Di Pergas suara mereka didengar dan dihormati secara sama rata dalam sebarang perbincangan agama," kata beliau.



Ustazah Zarina pula berkata perwakilan wanita di Perdaus telah menunjukkan bahawa suara kaum Hawa diberi perhatian dan bernilai dalam mesyuarat lembaga.



"Ini membantu Perdaus kerana majoriti kakitangannya wanita, justeru perspektif mereka didengar dan keperluan mereka dipertimbangkan," ujarnya.



Cik Roszanah yang bertanggungjawab memimpin operasi Muhammadiyah dan institusinya pula percaya pemimpin wanita boleh memberi nilai tambah dan perspektif berbeza.



Menurut Pengarah Eksekutif LBKM, Encik Harmizan Abdul Hamid, bilangan wanita dalam Majlis Eksekutifnya kian meningkat sejak beberapa tahun lalu, justeru ia sentiasa mencari wanita berkebolehan menyumbang kepada masyarakat.



Konsultan kanan 4PM, Dr Mustafa Izzuddin, berkata ia sentiasa mengamalkan dasar inklusif kerana ia prinsip yang membimbing badan itu bagi menggalak wanita muda memainkan peranan kepimpinan di peringkat lembaga pengurusan dan sekretariat.



Presiden Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata pemimpin wanita Jawatankuasa Pusat badan itu telah mewujudkan keseimbangan antara profesionalisme dengan kemahiran kepimpinan peribadi.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >