Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai wanita Islam pimpin badan agama, masyarakat: Rahayu

Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita SG terima sokongan semua AP
Apr 06, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai wanita Melayu/Islam dilantik sebagai pemimpin di institusi agama dan badan masyarakat Melayu/Islam, menurut Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Terdapat 122 anggota wanita yang kini menganggotai Lembaga Pentadbir Masjid (MMB) dan Mahkamah Syariah (SYC) juga dipimpin Presiden Kanan wanita pertama, serta disokong golongan profesional undang-undang wanita lain seperti Presiden (Hakim), pendaftar serta penolong pendaftar.



Beliau berkata demikian di perbahasan Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura di Parlimen ketika menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) dan Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) mengenai wanita Melayu yang berkhidmat sebagai anggota lembaga pentadbir masjid, dan juga badan Melayu/Islam Singapura.



Cik Rahayu, yang merupakan antara AP yang menerajui Siri Perbincangan Tentang Pembangunan Wanita Singapura, berkata kaum wanita membentuk 66 peratus daripada kepimpinan Mahkamah Syariah.



Pada 2019, buat kali pertamanya, seorang wanita, Ustazah Dr Rohana Ithnin, dilantik sebagai salah satu daripada empat anggota penuh dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Bilangan wanita yang menganggotai Majlis Tertinggi Muis juga meningkat.



"Kita akan terus mempertingkatkan dan membina usaha-usaha memperkasa wanita Melayu/Islam untuk mencapai aspirasi mereka," ujar Cik Rahayu.



Semalam, Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura menerima sokongan daripada semua AP di Parlimen bagi melaksanakan 25 pelan tindakan untuk 10 tahun mendatang bagi menangani keprihatinan golongan wanita serta memenuhi aspirasi mereka.



Lebih 30 AP berucap di perbahasan tentang Kertas Putih itu.



Antara lain, ia berusaha meningkatkan kesaksamaan antara lelaki dengan wanita di tempat kerja, melindungi mereka dari keganasan dan menyokong mereka yang memikul tanggungjawab penjagaan.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata ini kali pertama pemerintah membentangkan sebuah Kertas Putih mengenai pembangunan wanita untuk dibahaskan Parlimen.



"Kertas Putih ini mungkin disediakan oleh pemerintah, tetapi ia bercakap dengan suara warga Singapura yang sangat mengambil berat tentang wanita," kata Cik Teo.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggalak pembentukan norma masyarakat baru yang berdasarkan rasa hormat dan perkongsian.



Beliau turut mengajak semua lelaki agar tampil dan melakukan lebih banyak lagi untuk wanita dalam dalam kehidupan mereka, dan untuk diri mereka sendiri.



Dalam perbahasan itu, beberapa AP meminta agar Garis Panduan Tiga Pihak berkaitan aturan kerja fleksibel (FWA) dilaksanakan secepat mungkin. Garis panduan yang bakal dilaksana menjelang 2024 itu menetapkan bahawa majikan perlu mempertimbang permintaan pekerja bagi aturan FWA secara teliti dan adil.



Mereka turut mengusulkan langkah meluaskan pilihan kerjaya, menyokong keusahawanan serta meraih peluang peringkat global bagi pekerja wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >