Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai warga S'pura perlu tingkat pemahaman isu kesejahteraan mental

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai rakyat Singapura perlu memahami dengan lebih baik tentang perkara yang merangkumi kesejahteraan mental dan bagaimana ia boleh memberi kesan secara langsung kepada kesihatan seseorang secara keseluruhan.



Ini merupakan antara pandangan yang dikongsi sewaktu sesi dialog maya mengenai kesihatan dan kesejahteraan mental yang diadakan semalam bersama Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



Sesi dialog yang diikuti oleh lebih 6,000 penonton itu menyaksikan Dr Janil bersama pakar kesihatan membincangkan topik termasuk kepentingan kesejahteraan mental.



Antara lain, ia turut mengetengahkan manfaat mendapatkan sokongan serta usaha yang dijalankan pemerintah bagi membantu warga Singapura memperbaiki kesejahteraan mental mereka.



Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) juga telah melancarkan kempen It's OKAY to Reach Out sewaktu sesi dialog tersebut yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook HPB dan Channel 5.



Kempen yang berlangsung dari Oktober 2021 hingga Mac 2022, bertujuan menjadikan perbincangan topik kesihatan dan kesejahteraan mental sebagai satu perkara biasa selain meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang isu itu.



Bercakap dalam sesi dialog itu, Dr Janil berkata kempen itu bukan sahaja ingin menggalak rakyat Singapura supaya menghulurkan bantuan bahkan pada masa yang sama, menonjolkan kepentingan rangkaian sokongan.



"Apabila terdapat persekitaran yang inklusif dan saling memberi sokongan, individu boleh berasa kecenderungan untuk mendapatkan sokongan apabila diperlukan ataupun menawarkan sokongan kepada mereka yang memerlukan.



"Apabila kita bersatu, kita boleh memainkan peranan dalam membangunkan ekosistem kesihatan mental yang lebih kukuh di Singapura," kata Dr Janil yang juga pengerusi pasukan petugas antara agensi bagi kesihatan mental dan kesejahteraan.



Statistik Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) 2019 menunjukkan bahawa hanya separuh rakyat Singapura bersedia untuk mendapatkan bantuan daripada pakar, namun tiga daripada empat bersedia untuk mendapatkan sokongan daripada rangkaian sokongan tidak rasmi seperti daripada rakan, saudara, rakan sekerja, ketua agama atau guru.



Tinjauan itu juga mendapati kesejahteraan mental dalam kalangan rakyat Singapura berusia 18 hingga 74 tahun juga menunjukkan kemerosotan pra Covid-19.



Dalam pada itu, lebih separuh daripada golongan muda yang ditinjau oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) tahun lalu berkata bahawa kesejahteraan mental adalah satu cabaran bagi mereka, manakala warga Singapura yang lebih tua juga melaporkan peningkatan ketara dalam berasa terasing.



Lantas, kempen It's OKAY to Reach Out itu akan merangkumi beberapa siri ceramah penjangkauan di semua 17 kawasan GRC, yang akan dikendalikan bersama rakan kongsi masyarakat.



Pihak penganjur juga akan memastikan bahawa jangkauan itu disediakan untuk semua warga Singapura, termasuk mereka yang tidak menggunakan media dalam talian atau berbahasa Inggeris.



Ia juga akan dilengkapkan dengan pelancaran portal dalam talian yang dikenali sebagai MindSG, pada lewat November ini. Ia menyediakan sumber kesihatan mental di seluruh negara dengan kandungan yang dipilih susun oleh doktor dan pakar psikologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >