Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai warga tutur lebih dari satu bahasa di rumah; B. Inggeris jadi pilihan

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai penduduk kini bertutur lebih daripada satu bahasa di rumah, dengan kerap kali bahasa Inggeris digunakan.



Dalam kalangan masyarakat kumpulan etnik Melayu yang menggunakan bahasa Inggeris secara kerap meningkat daripada 17 peratus pada 2010 kepada 39 peratus pada 2020.



Dan dalam kalangan Melayu yang kerap bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah, lebih 90 peratus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang kerap digunakan di rumah.



Ini merupakan dapatan tinjauan Banci Penduduk 2020 yang dijalankan sekali setiap 10 tahun oleh Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam.



Bilangan mereka yang celik berbilang bahasa meningkat daripada 70.5 peratus sedekad lalu kepada 74.3 peratus hari ini.



Sembilan daripada 10 dalam kohort lebih muda iaitu antara 15 dengan 24 tahun, celik dalam dua atau lebih bahasa, sesuatu yang kekal stabil sejak 2010.



Mereka yang berusia antara 45 dengan 54 tahun mencatatkan kenaikan terbesar dalam kecelikan berbilang bahasa, daripada 63.6 peratus pada 2010 kepada 80 peratus pada 2020.



Bagi ketiga-tiga kumpulan etnik utama, kenaikan keseluruhan dalam kecelikan bahasa Inggeris sepadan dengan kemerosotan dalam kecelikan dalam hanya bahasa ibunda.



Pada 2020, lebih daripada enam dalam 10 warga Cina boleh membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris dan Cina.



Bilangannya adalah lebih lapan daripada 10 bagi masyarakat Melayu yang celik dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan sekitar empat daripada 10 bagi warga India dengan bahasa Inggeris dan Tamil.



Sekitar 17 peratus penduduk Cina yang hanya celik dalam bahasa Cina sahaja.



Ini berbanding 9 peratus bagi kaum Melayu dan 3.2 peratus bagi kaum Tamil dalam bahasa ibunda masing-masing.



Banci itu juga mendapati bahawa merentasi kumpulan etnik, penggunaan bahasa Inggeris dengan kerap meningkat bagi semua usia dan profil pendidikan tetapi lebih ketara dalam kalangan kohort muda dan mereka yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi.



Misalnya, kumpulan usia yang menyaksikan lonjakan tertinggi merupakan penduduk Cina yang berusia antara 15 dengan 24 tahun dengan 28.5 peratus; 37.2 peratus bagi penduduk Melayu berusia antara lima hingga 14 tahun; dan 33.8 peratus bagi penduduk India berusia antara 25 dengan 34 tahun.



Dalam kalangan penduduk yang mempunyai ijazah universiti, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digemari digunakan di rumah bagi masing-masing sekitar 6 daripada 10 penduduk Cina, Melayu dan India.



Bagi mereka yang mempunyai kelayakan di bawah menengah, perangkaannya ialah 9.6 peratus bagi kaum Cina, 13.5 peratus kaum Melayu dan 34 peratus kaum India.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >