Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMULIHAN INDUSTRI GIM DAN KESIHATAN

Lebih semangat berlatih di gim selepas sekatan dilonggar

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



SEMASA pandemik Covid-19 melanda, jurulatih kecergasan, Encik Wan Shamsury Wan Hassan, terpaksa beralih keluar daripada gimnasium dan studio kepada penggunaan aplikasi Zoom dan beralih ke taman untuk mengendalikan kelas-kelas latihan kecergasan buat para pelatihnya.



Namun, sejak sekatan Covid-19 di sini dilonggarkan, beliau dapati sebilangan daripada sekitar 700 pengikutnya mula mendaftarkan diri untuk menyertai latihan kecergasan di gimnasium ActiveSG dan privet.



"Mereka beritahu semasa pandemik mereka rasa pergerakan terhad, dan terkongkong.



"Ada yang sudah biasa ke gimnasium, jadi bila kena duduk dan bersenam dalam rumah, mereka rasa sukar hendak lakukannya.



"Apatah lagi peralatan untuk lakukan rutin senaman agak terhad bagi sesetengah orang berbanding dengan di gimnasium.



"Lama kelamaan mereka jadi malas.



"Tapi bila sekatan mula dilonggarkan, saya dapati sesetengah pengikut kelas-kelas senaman saya mula daftarkan diri untuk ke gimnasium.



"Kata mereka, suasana bersenam seperti angkat berat di gimnasium memberi lebih semangat," tambahnya.



Beliau, yang telah menjadi jurulatih kecergasan sejak 35 tahun lalu, anggarkan para pengikutnya yang mula daftarkan diri untuk ke gimnasium berusia antara belasan hingga 60-an tahun.



Sekatan langkah pengurusan selamat yang dilonggarkan juga bermakna para pengguna gimnasium tidak perlu mendaftar atau menunggu lama untuk masuk ke gimnasium seperti yang dialami sedikit masa dahulu semasa sekatan berlangsung.



Malah, kini ada dalam kalangan mereka yang mendapatkan nasihat Encik Wan Shamsury tentang penggunaan mesin senaman di gimnasium yang sesuai untuk otot di bahagian tertentu tubuh mereka.



Lebih menarik lagi, kini anak kedua Encik Wan Shamsury, Wan Ian Irfann Wan Shamsury, 14 tahun, juga sudah mula berjinak jinak di gimnasium Pusat Sukan ActiveSG Woodlands sejak lebih dua minggu lalu.



Wan Ian, yang bermain ragbi untuk pasukan sekolahnya, memanfaatkan gimnasium untuk menguatkan otot menerusi program angkat ringan yang diulang berkali-kali.



"Saya bukan hendak besarkan otot, tapi hanya kuatkannya demi sukan ragbi yang saya sertai.



"Ayah juga sediakan program khas untuk saya latih di gimnasium menerusi latihan daya tahan untuk otot, selain regangan yang sesuai untuk otot-otot tertentu," jelasnya yang sudah bermain ragbi sejak tujuh tahun lalu.



Menurut Wan Ian dia hanya membayar $1.50 setiap kali dia melangkah masuk ke gimnasium ActiveSG.



Encik Wan Shamsury berkata beliau akan terus memberi galakan kepada anaknya serta anggota keluarganya yang lain untuk memanfaatkan gimnasium ActiveSG yang lebih berkemampuan untuk digunakan.



"Saya ada empat anak lain, jadi gimnasium ini yang dekat dengan rumah kami amat berbaloi buat kami seisi keluarga," jelas beliau, yang juga pengurus di sebuah pusat kegiatan warga senja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >