Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh daripada 52,000 pelajar yang dijemput untuk vaksinasi Covid-19 telah menempah slot mereka: MOE

Jun 01, 2021 | 09:44 PM



LEBIH separuh daripada 52,000 ibu bapa atau pelajar yang menerima SMS untuk mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 telah menempah slot mereka sehingga 7 malam pada Selasa (1 Jun), kata Kementerian Pendidikan (MOE).


Mesej itu telah dihantar untuk menjemput pelajar yang mengambil peperiksaan Peringkat O, N dan A atau kelayakan yang setara tahun ini untuk mendaftar bagi vaksinasi.


"Vaksinasi untuk pelajar di sekolah dan institut pengajian tinggi adalah sebahagian daripada usaha nasional yang lebih besar untuk menjaga keselamatan institusi pendidikan dan masyarakat lebih luas kita," kata MOE kepada The Straits Times.


"Semua individu yang layak secara perubatan digalak mendapatkan vaksin apabila vaksinasi ditawarkan kepada mereka."


Pihak berkuasa telah mengumumkan pada Isnin bahawa pelajar berusia 12 tahun dan ke atas adalah kumpulan seterusnya dalam usaha vaksinasi nasional, dan boleh mula membuat janji temu untuk vaksinasi Covid-19 mereka mulai Selasa.


SMS akan dihantar kepada pelajar berumur 18 tahun ke atas, dan kepada ibu bapa kanak-kanak di bawah 18 tahun.


Langkah memvaksin lebih 400,000 pelajar di sekolah dan institut pengajian tinggi, termasuk universiti autonomi, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal, dibuat di tengah-tengah lebih banyak jangkitan di kalangan kanak-kanak dalam penularan Covid-19 baru-baru ini.


Buat masa ini, vaksin Pfizer-BioNTech adalah satu-satunya vaksin Covid-19 yang telah dibenarkan untuk digunakan pada remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Singapura.


Mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh memilih vaksin Pfizer atau Moderna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >