DUA penduduk terakhir Pulau Sekijang Bendera atau St John's Island telah berpindah ke tanah besar Singapura, selepas lebih separuh daripada pulau itu ditutup kepada orang awam minggu lalu.
Ini menyusuli serpihan yang mengandungi asbestos yang ditemui Penguasa Tanah Singapura (SLA) di sekitar kawasan perkhemahan, lagun dan sebuah banglo percutian di pulau itu.
Penduduk tersebut merupakan sepasang suami isteri – Cik Fauziyah Wakiman, 67 tahun dan Encik Mohd Sulih Sopian, 73 tahun – yang tinggal dekat banglo percutian di pulau itu.
Jurucakap SLA berkata SLA sedang berhubungan dengan penduduk pulau itu dan menawarkan bantuan kepada mereka.
Selepas meninggalkan Pulau Sekijang Bendera minggu lalu, mereka kini tinggal bersama anak mereka di sebuah flat di Jurong West.
Asbestos merupakan sejenis bahan galian yang biasanya digunakan sebagai bahan binaan dahulu.
Namun sejak 1989, ia dilarang digunakan di Singapura kerana terdapat keprihatinan tentang risiko kesihatan yang ditimbulkannya.
Perwatakan sebuah kawasan kejiranan ditakrifkan oleh ruangnya, kegiatan yang dilakukan di ruang tersebut dan penduduk yang tinggal, kerja dan main di setiap kejiranan.
Lembaga Warisan Negara (NHB)
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu
Sebagai satu langkah proaktif untuk mempromosikan kelestarian dan kreativiti, Marina Square bergabung dengan Peace of Art, sebuah badan bukan meraih untung tempatan yang menyokong kanak-kanak
Dengan cuaca panas dan indeks ultraungu (UV) yang meningkat pada akhir Mac, dan dijangka berterusan sepanjang April dan Mei, para doktor dan pakar menasihatkan orang ramai supaya memakai tidak hanya

Menurut jurucakap SLA, bangunan di Pulau Sekijang Bendera dibina pada 1980-an.
Di satu taklimat media hari ini (23 April), pakar runding kanan bagi perubatan pernafasan dan penjagaan kritikal di Hospital Besar Singapura (SGH), Profesor Madya Loo Chian Min, berkata risiko bagi penyakit berkaitan asbestos – termasuk asbestosis, mesothelioma dan barah paru-paru – adalah rendah bagi pengunjung biasa ke pulau itu.
Namun bagi mereka yang terdedah kepada jumlah asbestos yang tinggi buat jangka masa panjang, mereka boleh mengalami beberapa penyakit berkaitan asbestos dan ini biasanya berhubung kerja, kata jurucakap SLA.
"Sepanjang tiga tahun lalu, terdapat 21 kes mesothelioma yang berhubung kerja dan satu kes asbestosis yang berkaitan kerja," kata jurucakap SLA.
Profesor Loo turut menyarankan kedua-dua penduduk pulau itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Menurut Cik Fauziyah, beliau telah tinggal di Pulau Sekijang Bendera sejak lahir dan rumahnya di pulau itu telah dibina sebelum 1950-an.
“Saya rasa baiklah kami pindah dulu sementara mereka bersihkan tempat itu betul-betul sebelum kami pulang ke sana,” ujar pesara itu.
SLA juga berkata mereka sedang bekerja rapat dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bagi memastikan kerja pembersihan dijalankan oleh kontraktor pembersihan asbestos yang diluluskan yang berlesen.
SLA juga sedang bekerja rapat dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk memastikan bahawa asbestos dikumpulkan dengan baik dan dibuang oleh pengumpul sampah perindustrian toksik yang berlesen di kawasan yang ditetapkan di kawasan kambus abu sampah Pulau Semakau.