Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh daripada Pulau Sekijang Bendera ditutup kepada orang awam, dua penduduk terakhir pindah buat sementara waktu

Apr 23, 2018 | 07:57 PM



DUA penduduk terakhir Pulau Sekijang Bendera atau St John's Island telah berpindah ke tanah besar Singapura, selepas lebih separuh daripada pulau itu ditutup kepada orang awam minggu lalu.



Ini menyusuli serpihan yang mengandungi asbestos yang ditemui Penguasa Tanah Singapura (SLA) di sekitar kawasan perkhemahan, lagun dan sebuah banglo percutian di pulau itu.



Penduduk tersebut merupakan sepasang suami isteri – Cik Fauziyah Wakiman, 67 tahun dan Encik Mohd Sulih Sopian, 73 tahun – yang tinggal dekat banglo percutian di pulau itu.



Jurucakap SLA berkata SLA sedang berhubungan dengan penduduk pulau itu dan menawarkan bantuan kepada mereka.



Selepas meninggalkan Pulau Sekijang Bendera minggu lalu, mereka kini tinggal bersama anak mereka di sebuah flat di Jurong West.



Asbestos merupakan sejenis bahan galian yang biasanya digunakan sebagai bahan binaan dahulu.



Namun sejak 1989, ia dilarang digunakan di Singapura kerana terdapat keprihatinan tentang risiko kesihatan yang ditimbulkannya.



Menurut jurucakap SLA, bangunan di Pulau Sekijang Bendera dibina pada 1980-an.



Di satu taklimat media hari ini (23 April), pakar runding kanan bagi perubatan pernafasan dan penjagaan kritikal di Hospital Besar Singapura (SGH), Profesor Madya Loo Chian Min, berkata risiko bagi penyakit berkaitan asbestos – termasuk asbestosis, mesothelioma dan barah paru-paru – adalah rendah bagi pengunjung biasa ke pulau itu.



Namun bagi mereka yang terdedah kepada jumlah asbestos yang tinggi buat jangka masa panjang, mereka boleh mengalami beberapa penyakit berkaitan asbestos dan ini biasanya berhubung kerja, kata jurucakap SLA.



"Sepanjang tiga tahun lalu, terdapat 21 kes mesothelioma yang berhubung kerja dan satu kes asbestosis yang berkaitan kerja," kata jurucakap SLA.



Profesor Loo turut menyarankan kedua-dua penduduk pulau itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.



Menurut Cik Fauziyah, beliau telah tinggal di Pulau Sekijang Bendera sejak lahir dan rumahnya di pulau itu telah dibina sebelum 1950-an.



“Saya rasa baiklah kami pindah dulu sementara mereka bersihkan tempat itu betul-betul sebelum kami pulang ke sana,” ujar pesara itu.



SLA juga berkata mereka sedang bekerja rapat dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bagi memastikan kerja pembersihan dijalankan oleh kontraktor pembersihan asbestos yang diluluskan yang berlesen.



SLA juga sedang bekerja rapat dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk memastikan bahawa asbestos dikumpulkan dengan baik dan dibuang oleh pengumpul sampah perindustrian toksik yang berlesen di kawasan yang ditetapkan di kawasan kambus abu sampah Pulau Semakau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >