Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Lebih separuh murid sekolah rendah sudah tempah slot vaksin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih separuh murid sekolah rendah sudah tempah slot vaksin

Jan 07, 2022 | 08:03 PM

LEBIH separuh daripada bilangan murid Darjah 1 hingga 6 di sini sudah menempah slot janji temu mereka bagi mendapatkan vaksin, dengan lebih 42,000 murid telah menerima dos pertama mereka, kata Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing.

Memberi maklumat terkini mengenai program vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak selepas satu lawatan ke pusat vaksinasi pediatrik di Sekolah Menengah Yusof Ishak pada Jumaat (7 Jan), Encik Chan berkata:

“Sehingga kini, kita mempunyai lebih 70 peratus pelajar Darjah 4 hingga 6 yang telah mendaftar bagi vaksinasi. Dalam tempoh beberapa hari lalu, lebih satu pertiga murid Darjah 1 hingga 3 telah berbuat demikian.”

Pendaftaran vaksinasi bagi murid Darjah 4 hingga 6 telah dibuka pada 22 Disember lalu, manakala murid Darjah 1 hingga 3 boleh mula berdaftar sejak Rabu lalu (5 Jan).

“Kami sangat gembira dan terdorong oleh kemajuan yang telah kami capai bagi program vaksinasi kanak-kanak sejauh ini,” kata Encik Chan. “Sehingga kini, lebih 42,000 murid sekolah rendah telah menerima suntikan pertama mereka.”

Encik Chan bercakap kepada media selepas mengunjungi pusat vaksinasi pediatrik di Sekolah Menengah Yusof Ishak, yang khususnya untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Pusat itu akan mula beroperasi Selasa depan (11 Jan), dan akan dibuka pada 10 pagi hingga 5 petang setiap Selasa hingga Sabtu.

Ia akan dapat memvaksin sekitar 600 kanak-kanak setiap hari.

Secara keseluruhan, terdapat 15 pusat pediatrik di serata pulau dan mereka mampu memvaksin lebih 11,000 kanak-kanak setiap hari. 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3