Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh murid sekolah rendah sudah tempah slot vaksin

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



LEBIH separuh daripada bilangan murid Darjah 1 hingga 6 di sini sudah menempah slot janji temu mereka bagi mendapatkan vaksin, dengan lebih 42,000 murid telah menerima dos pertama mereka, kata Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing.



Memberi maklumat terkini mengenai program vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak selepas satu lawatan ke pusat vaksinasi pediatrik di Sekolah Menengah Yusof Ishak semalam, Encik Chan berkata:



"Sehingga kini, kita mempunyai lebih 70 peratus pelajar Darjah 4 hingga 6 yang telah mendaftar bagi vaksinasi. Dalam tempoh beberapa hari lalu, lebih satu pertiga murid Darjah 1 hingga 3 telah berbuat demikian."



Pendaftaran vaksinasi bagi murid Darjah 4 hingga 6 telah dibuka pada 22 Disember lalu, manakala murid Darjah 1 hingga 3 boleh mula berdaftar sejak Rabu lalu (5 Jan).



"Kami sangat gembira dan terdorong oleh kemajuan yang telah kami capai bagi program vaksinasi kanak-kanak sejauh ini," kata Encik Chan. "Sehingga kini, lebih 42,000 murid sekolah rendah telah menerima suntikan pertama mereka."



Encik Chan bercakap kepada media selepas mengunjungi pusat vaksinasi pediatrik di Sekolah Menengah Yusof Ishak, yang khususnya untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.



Pusat itu akan mula beroperasi Selasa depan (11 Jan), dan akan dibuka pada 10 pagi hingga 5 petang setiap Selasa hingga Sabtu.



Ia akan dapat memvaksin sekitar 600 kanak-kanak setiap hari.



Secara keseluruhan, terdapat 15 pusat pediatrik di serata pulau dan mereka mampu memvaksin lebih 11,000 kanak-kanak setiap hari.



Disebabkan kelas di sekolah itu masih terus dijalankan, kakitangan pusat vaksinasi akan membantu mengawal orang ramai dan mengurangkan interaksi antara awam dengan pelajar di sekolah.



Berbanding pusat vaksinasi lain di seluruh Singapura, pusat di Sekolah Menengah Yusof Ishak unik kerana semua kakitangan yang menguruskan pusat adalah daripada Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), kata Encik Chan.



"Dan mereka juga merupakan kakitangan yang telah menguruskan vaksinasi di sekolah bagi kanak-kanak kita selama bertahun-tahun ini. Jadi, mereka sangat berpengalaman," tambah beliau.



Jururawat di HPB, Cik Agnes Ng berkata beliau dan rakan sekerjanya telah dilatih untuk mengendalikan vaksinasi kanak-kanak menggunakan dos vaksin pediatrik.



Buat masa ini, hanya vaksin Pfizer-BioTech diluluskan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.



Berkongsi pengalaman lapan tahun mengendalikan vaksinasi kanak-kanak, Cik Ng menambah bahawa tiada banyak perbezaan antara vaksinasi orang dewasa dengan kanak-kanak, selain memerlukan lebih masa menenangkan kanak-kanak semasa disuntik.



"Kami menggalak kanak-kanak supaya membawa mainan kegemaran mereka...Kami biarkan mereka tonton video YouTube untuk mengalihkan perhatian mereka (daripada jarum)," katanya.



Sekitar 70 kanak-kanak menerima dos pertama mereka dalam satu ujian percubaan di pusat vaksinasi pediatrik di Sekolah Menengah Yusof Ishak semalam.



Di sekolah itu Cik Nurul Fairuz, 33 tahun, kelihatan menemani anak sulungnya, Khairuzan Khairuddin, lapan tahun.



"Semuanya berjalan dengan lancar. Prosesnya tidak mengambil masa yang lama, kami menunggu sekitar 15 minit. Saya fikir ia baik ada pusat vaksinasi yang khusus untuk kanak-kanak sebab ia dapat membantu menenangkan mereka," kata Cik Nurul, yang mempunyai dua lagi cahaya mata berusia tiga dan lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >