Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh penduduk SG sudah ambil penggalak: Ong Ye Kung

Jan 16, 2022 | 05:37 PM



LEBIH separuh, atau 51 peratus, daripada jumlah penduduk di Singapura telah mengambil suntikan penggalak vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Ahad (16 Jan).



“Kini, kira-kira 42,000 individu mendapat suntikan penggalak setiap hari. Ini merupakan peningkatan ketara daripada 25,000 setiap hari pada pertengahan hingga akhir Disember,” kata Encik Ong dalam satu catatan di Facebook pada Ahad (16 Jan).



“Suntikan penggalak memulihkan perlindungan vaksin terhadap jangkitan Covid-19 dan penyakit teruk daripada Omicron.”



Awal bulan ini, pemerintah menyemak semula dasarnya dan mengumumkan bahawa mulai 14 Feb, mereka yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 untuk mengekalkan status vaksinasi yang penuh.



Status vaksinasi penuh seseorang akan luput sembilan bulan selepas siri vaksinasi utama, iaitu selepas dua dos vaksin mRNA (Pfizer atau Moderna) atau tiga dos vaksin Sinovac atau Sinopharm.



Encik Ong juga sebelum ini berkata gelombang Omicron mungkin beberapa kali lebih besar daripada gelombang Delta tahun lepas, memandangkan varian baru yang lebih mudah merebak itu.



Jika jangkitan Delta mencecah kira-kira 3,000 kes setiap hari, Omicron dianggarkan boleh mencapai 10,000 hingga 15,000 kes sehari atau lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >