Lebih separuh penduduk S'pura sudah terima suntikan pertama vaksin Covid-19: Ong Ye Kung, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lebih separuh penduduk S'pura sudah terima suntikan pertama vaksin Covid-19: Ong Ye Kung

Jun 19, 2021 | 05:31 PM

LEBIH separuh penduduk Singapura sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, jelas Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam pos Facebook pada Sabtu (19 Jun).

Manakala sekitar 36 peratus penduduk pula sudah tamat menjalani dua suntikan vaksin penuh, tambah Encik Ong.

Dalam melahirkan rasa gembiranya dengan kemajuan program vaksinasi di sini, Encik Ong berkata proses vaksinasi disegerakan semampu yang boleh tetapi dibataskan oleh bekalan vaksin kerana permintaan global yang tinggi.

"Kami akan buat yang terbaik dalam mengesahkan kiriman lebih banyak vaksin bagi membolehkan kami membuka lebih banyak slot seawal yang mungkin," jelasnya.

Program vaksinasi di Singapura dipertingkat sejak beberapa minggu ini sebagai sebahagian strategi mempersiapkan negara ini bagi kebiasaan baru menerima Covid-19 sebagai penyakit endemik.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Program vaksinasi nasional yang dipercepatkan ini mengutamakan suntikan vaksinasi pertama agar lebih ramai orang mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan menentang koronavirus ini. 

Encik Ong meminta agar lebih ramai segera tampil mendaftar bagi vaksinasi mereka.

"Apabila giliran anda tiba bagi suntikan ini, lakukannya dan galakkan teman-teman dan anggota keluarga anda agar berbuat demikian," katanya.

Dalam sidang media pada Jumaat, Encik Ong, mendedahkan bahawa kian wujud persetujuan beramai-ramai dalam kalangan pakar antarabangsa bahawa Covid-19 akan menjadi endemik.

Ini bererti virus itu akan terus memutasi dan tersebar seperti virus influenza dengan orang ramai perlu menyesuaikan diri dan belajar untuk hidup dengannya.

Menekankan perkara ini dalam pos Facebook pada Sabtu, Encik Ong berkata Singapura telah membangun keupayaannya sepanjang setahun yang sudah, menjejak kontak dan mengasingkan mereka yang dijangkiti Covid-19 dengan segera serta menjalankan vaksinasi ke atas sebahagian besar penduduknya.

"Dengan pertahanan ini diperkenalkan sewajarnya , saya percaya kita boleh berhenti memikirkan tentang tempoh pemutus rantaian jangkitan sebagai respons dan dapat terus menjalankan kebanyakan perniagaan kita dan meneruskan kehidupan seharian kita," katanya.

Namun, beliau menambah bagi memastikan premis makanan dan minuman serta gimnasium dibuka atau menyambung semula perjalanan ke luar negara, kadar vaksinasi di Singapura mestilah lebih tinggi,

"Kita akan seterusnya dapatkan perlindungan lebih baik walaupun virus ini tersebar dalam masyarakat," katanya.

Sebagai menjawab pertanyaan media, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata lebih 4.8 juta dos vaksin Covid-19 sudah ditadbir. Lebih 2.8 juta  individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. Dalam kalangan jumlah ini, sekitar 2 juta individu pula sudah menerima suntikan dos kedua vaksin berkenaan lantas tamat rejim penuh vaksinasi.

Singapura telah mengenalkan langkah kewaspadaan dipertingkat bagi mengekang jangkitan virus dan mengurangkan tambahan mendadak kes masyarakat selepas kelompok mula timbul di Hospital Tan Tock Seng dan Lapangan Terbang Changi.

Sekatan telah dilonggarkan secara beransur-ansur dalam masa beberapa minggu lalu. Pada Jumaat, pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani Covid-19, yang dipengerusikan bersama Encik Ong, mengumumkan pelonggaran lanjutan seperti membolehkan orang ramai makan berdua di premis makanan dan minuman mulai Isnin (21 Jun). 

Dalam membentangkan maklumat terkini mengenai strategi Singapura menentang Covid-19 pada penghujung Mei, pasukan bertindak ini serta Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata kadar vaksinasi yang lebih tinggi diperlukan bagi membolehkan masyarakat Singapura meneruskan kehidupan mereka dengan virus ini masih wujud di sekitaran.

Rancangan yang dibentangkan adalah bagi membolehkan orang ramai ke pejabat dan bertemu teman mereka, terlibat dalam acara berskala besar dan keluar di khalayak ramai tanpa menggunakan pelitup.

 

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map