Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih seperempat kerja tidak diisi lebih enam bulan

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 27 peratus kerja kosong tidak diisi selama enam bulan atau lebih menurut data terkini daripada tahun lalu.



Ia berkurangan sedikit daripada keadaan sebelum Covid-19, menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Beliau berkata sesetengah kerja kosong mengambil masa lebih lama untuk diisi kerana gaji atau keadaan kerjanya tidak menarik seperti pilihan lain yang sedia ada bagi individu sedang mencari pekerjaan.



Menjawab soalan mengenai pekerjaan di Parlimen semalam, Dr Tan turut berkata tidak mungkin memadankan semua kerja kosong dengan pemohon kerja "dengan sempurna".



"Kita memahami dan menghargai perkara ini apabila kita atau orang tersayang sedang mencari pekerjaan. Mempunyai pilihan lebih luas akan membantu keadaan dan dalam memilih pilihan terbaik yang sedia ada.



"Namun, jika kerja kosong terus terkumpul dan tidak diisi, ia juga menunjukkan bahawa pasaran buruh sedang menghadapi cabaran dalam mendapatkan dan mencari bakat sesuai bagi kerja kosong itu," kata Dr Tan.



Sekiranya kerja kosong itu terus tidak dapat diisi, Dr Tan berkata syarikat mungkin perlu mereka semula peranan kerjanya, atau menyemak strategi mereka.



Dalam hal ini, Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) menyediakan sokongan rekaan semula pekerjaan di bawah Geran Meningkatkan Daya Penghasilan (PSG-JR).



Syarikat boleh mendapatkan bantuan di bawah inisiatif itu, yang dilancarkan Disember lalu, untuk bekerjasama dengan konsultan rekaan semula pekerjaan yang telah diluluskan untuk mereka semula proses pekerjaan, tugas dan tanggungjawab.



Selain itu, sebuah Pasukan Bertindak Pekerjaan juga telah dibentuk Dr Tan bulan lalu untuk menyelaras usaha pelbagai agensi pemerintah supaya lebih ramai pekerja tempatan boleh melakukan pekerjaan dalam permintaan dengan gaji dan prospek baik dalam sektor utama ekonomi, seperti khidmat kewangan dan teknologi infokom.



Dr Tan menambah bahawa kerja kosong lain mungkin tidak diisi kerana majikan mengharapkan seseorang yang sudah dilatih sepenuhnya dan dapat melakukan pekerjaan itu dari hari pertama.



Beliau berkata pemerintah sedang membantu majikan melihat di luar pendekatan itu dengan menyokong Program Penukaran Kerjaya (CCP), yang membantu rakyat Singapura membangunkan keupayaan baru untuk bekerja dalam bidang pertumbuhan atau menggalas peranan kerja direka semula.



"Majikan menggunakan pendekatan ini mendapati individu yang direkrut menerusi CCP sangat sesuai. Sekitar sembilan daripada 10 orang yang ditempatkan melalui CCP kekal bekerja selepas 24 bulan, dan sekitar tujuh daripada 10 orang meraih gaji lebih tinggi daripada gaji terakhir mereka," kata beliau.



Satu lagi sebab kerja kosong tidak diisi ialah kekurangan kemahiran dalam tenaga kerja dan dalam kalangan pemohon kerja, terutamanya sedang industri pesat mendakap pendigitalan, kata Dr Tan.



Dalam usaha mempertingkat kecekapan pekerja dalam kemahiran digital, pemerintah menyediakan pelbagai bantuan.



Ini termasuk program SME Digital Reboot di mana Politeknik Ngee Ann dan Hab Pembelajaran NTUC bekerjasama dengan 500 syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk menyediakan latihan kepada pekerja dalam bidang seperti pemasaran digital, dan inisiatif Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >