Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih sepertiga di S'pura sudah terima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin Covid-19

May 21, 2021 | 09:41 PM



LEBIH dua juta individu atau lebih sepertiga daripada penduduk di Singapura sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Jumaat (21 Mei).



Menerusi catatan Facebook, Encik Ong berkata ia merupakan satu perkembangan dengan penduduk setempat kini mempunyai perlindungan baik menentang virus tersebut.



"Dengan bekalan vaksin kekal mantap, kita dapat melindungi 4.3 juta orang dengan suntikan pertama menjelang penghujung Julai ini...



"Yakinlah bahawa kita komited untuk menamatkan rejim dua dos ini. Matlamat akhir kita iaitu menawarkan perlindungan maksimum kepada semua tidak berubah," jelasnya.



Pada Selasa, sewaktu satu sidang media maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian, Encik Ong berkata hampir dua juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin sejauh ini.



Dari kumpulan ini, lebih 1.4 juta orang pula telah tamat proses mendapatkan dua suntikan penuh dengan sejumlah 3.4 juta dos suntikan ditadbir.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >