Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih sokongan bagi golongan kurang bernasib baik jalani gaya hidup sihat: Amrin

Dec 16, 2018 | 04:12 PM



SEBUAH pasukan bertindak pemerintah akan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah bagi membantu lebih ramai di kalangan mereka mengamalkan gaya hidup lebih sihat, kata pengerusinya, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, di sisi acara Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Sundays at the Park.


 


Pasukan Bertindak HealthySG itu akan mempunyai dasar dan program khusus bagi membantu warga Singapura ini, dan Encik Amrin berkata dasar-dasar ini mesti mampan dari segi kewangan dan relevan kepada keperluan mereka.


 


Beliau berkata: "Program sedia ada disasarkan kepada penduduk awam jadi kita sedang melihat bagaimana kita boleh menjangkau kepada mereka dengan lebih baik lagi."



 


Pasukan bertindak berbilang agensi itu, yang ditubuhkan bulan lalu, akan bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat bagi membimbing keluarga untuk membeli makanan lebih sihat dan menyediakan juadah lebih sihat di rumah.


 


Ia juga akan bekerjasama dengan penderma bagi membiayai atau menyediakan bungkusan makanan derma dengan pilihan lebih sihat.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >