Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih sokongan bagi warga emas tangani isu kesihatan mental

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



GOLONGAN lebih berusia akan menerima lebih banyak sokongan dan bantuan bagi menangani isu kesihatan mental, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.



Beliau memberikan responsnya di Parlimen semalam kepada pertanyaan Encik Fahmi Aliman (GRC Marine Parade) berkenaan masalah kemurungan dalam kalangan warga emas hingga menyebabkan seseorang ingin membunuh diri.



Dr Janil berkata pemerintah sedang bekerja rapat dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta rakan kerja masyarakat untuk memperkenalkan usaha berbilang pendekatan.



Ini termasuk campur tangan awal seperti mempromosikan kesejahteraan dan kesihatan mental, meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan membunuh diri.



Dalam pada itu, pemerintah juga akan menyediakan sokongan profesional dan campur tangan krisis kepada kumpulan berisiko, termasuk sokongan yang disasarkan untuk mereka yang lebih berusia, tambah beliau.



"Penyebab bunuh diri adalah kompleks dan merangkumi pelbagai aspek, seringkali melibatkan isu keluarga, sosial dan kesihatan mental," kata Dr Janil.



Memberi perincian, beliau berkata pada 2019, terdapat 400 kes bunuh diri yang dilaporkan, di mana 122 kes melibatkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas.



Justeru, beliau menekankan pentingnya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesejahteraan mental yang baik.



Usaha mendekati golongan berusia yang tinggal bersendirian juga giat dijalankan menurut Dr Janil seperti khidmat yang menyokong usaha dalam campur tangan krisis sepanjang pandemik ini.



"Kami mempunyai khidmat dan program yang menyediakan sokongan untuk warga emas yang memerlukan sokongan emosi dan sosial.



"Sebagai contoh, kakitangan dan sukarelawan dari Pejabat Generasi Warga Emas (SGO), organisasi akar umbi setempat, agensi perkhidmatan sosial dan pusat kegiatan warga emas secara proaktif mendekati warga emas yang tinggal bersendirian atau yang berisiko menghadapi pengasingan sosial, untuk menemani dan memberi dorongan kepada mereka supaya mengambil bahagian dalam kegiatan sosial.



"SGO telah mendekati sekitar 21,000 warga emas yang tidak mempunyai atau kurang sokongan sosial sewaktu tempoh pemutus litar menerusi panggilan mingguan atau dua minggu sekali untuk memantau kesejahteraan mereka," tambah Dr Janil.



Bermula Mei ini, pemerintah bakal memperkenalkan satu inisiatif baru bagi membantu warga emas yang menghadapi masalah kemurungan.



Di bawah model khidmat pusat jagaan warga emas baru, pusat penjagaan ini menjadi tempat utama bagi semua warga emas, tidak kira jenis perumahan, pendapatan atau tahap kelemahan mereka, untuk mendapatkan bantuan, tambah Dr Janil.



"Kami akan terus meningkatkan usaha antara agensi dan pelbagai cabang kami untuk menyokong warga tua dalam masyarakat, terutama mereka yang mempunyai risiko bunuh diri," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >