Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih sokongan buat golongan gaji rendah jalani gaya hidup sihat: Amrin

Pasukan HealthySG Taskforce diketuai Amrin turut fokus kepada usaha bangunkan huraian baru bagi hidup sihat guna teknologi dan sekitaran
Dec 17, 2018 | 05:30 AM



LEBIH banyak tumpuan akan diberikan untuk membantu golongan bergaji rendah mengamalkan gaya hidup sihat.



Ini memandangkan umumnya program kesihatan disasarkan kepada masyarakat awam, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan dan Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, semalam.



Lantaran itu, pasukan bertindak pemerintah HealthySG Taskforce - yang dipengerusikan Encik Amrin - akan menghasilkan program dan dasar yang lebih disasarkan kepada golongan bergaji rendah.



Satu lagi fokus pasukan bertindak itu adalah untuk meninjau dan membangunkan huraian baru bagi menyepadukan kehidupan sihat menggunakan teknologi dan sekitaran.



Pasukan bertindak silang agensi itu pertama kali mengadakan mesyuarat bulan lalu bagi membincangkan dan mencapai kata sepakat tentang keutamaannya.



Bercakap kepada media di luar acara senaman 'Sundays at the Park' oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di Taman Choa Chu Kang, Encik Amrin berkata pasukan bertindak itu akan membangunkan dasar dan program khusus untuk membantu warga Singapura yang memerlukan.



"Program yang ada sekarang disasarkan kepada masyarakat umum jadi kami sedang melihat bagaimana mendekati golongan bergaji rendah.



"Saya fikir ada skop lebih luas bagi mempertajam fokus untuk memastikan mesej gaya hidup sihat ini diterima oleh mereka yang paling memerlukannya.



"Mereka adalah golongan yang terjejas. Maksudnya, mereka adalah golongan yang mempunyai keadaan kesihatan lebih rendah, yang mungkin tidak mempunyai akses kepada saluran perhubungan yang kita gunakan sekarang."



Menurut Encik Amrin, pasukan bertindak itu akan bekerjasama dengan rakan-rakan kerja masyarakat untuk membimbing keluarga antara lain membeli makanan yang lebih sihat dan menyiapkan makanan yang lebih sihat di rumah.



Sementara itu, pasukan bertindak itu akan juga meneliti bagaimana memanfaatkan huraian bagi menyepadukan kehidupan sihat dengan menggunakan teknologi dan sekitaran.



Menurut beliau, ini termasuk menyediakan maklumat kesihatan dan peringatan menerusi teknologi serta memanfaatkan dengan lebih baik sekitaran binaan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat.



Encik Amrin menarik perhatian bahawa kehidupan sihat bukan hanya tentang individu tetapi juga sekitaran.



"Ia juga berkaitan dengan sekitaran yang kita tinggal, faktor sosial dan ekonomi.



"Jadi kami ingin mengkaji hal ini dengan lebih mendalam untuk melihat bagaimana menjadikan kehidupan sihat sebagai aspek yang penting di dalam hidup kita," ujar beliau.



Pasukan bertindak itu juga bermatlamat membangunkan cara kreatif dan inovatif untuk membantu perokok membuang tabiat merokok, tambah Encik Amrin.



Satu maklum balas awam akan diadakan dari Januari hingga Mei depan bagi mendapatkan pandangan orang ramai, karyawan dan pakar tentang usaha menggalak kesihatan itu.




"Program yang ada sekarang disasarkan kepada masyarakat umum, jadi kami sedang melihat bagaimana mendekati golongan bergaji rendah. Saya fikir ada skop lebih luas bagi mempertajam fokus untuk memastikan mesej gaya hidup sihat ini diterima oleh mereka yang paling memerlukannya. Mereka adalah golongan yang terjejas. Maksudnya, mereka adalah golongan yang mempunyai keadaan kesihatan lebih rendah, yang mungkin tidak mempunyai akses kepada saluran perhubungan yang kita gunakan sekarang."
- Encik Amrin Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >