Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lebih sokongan dana untuk atlet SG dalam pertandingan global

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



LEBIH sokongan akan diberikan kepada atlet yang bercita-cita mewakili Singapura dalam pertandingan antarabangsa yang mungkin bermula semula tahun ini.



Mulai hari ini, pemohonan bagi Dana Inspirasi Yayasan Temasek (TFIF) akan dibuka.



Ditadbir bersama oleh Sport Singapore (SportSG) dan Institut Sukan Belia Nasional (NYSI), dana itu bertujuan memberi sokongan kepada atlet yang tidak disokong oleh geran atau sokongan dana sedia ada.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, SportSG, NYSI dan Yayasan Temasek mengatakan mereka mahu menyediakan lebih banyak peluang untuk atlet yang bersemangat dan komited mahu mencapai kecemerlangan sukan, dan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat yang lebih luas bagi meneroka dan mendalami minat dalam sukan.



Yayasan Temasek akan menyumbang $100,000 setiap tahun kepada dana tersebut.



Atlet yang berminat boleh memohon dana secara individu atau berpasukan, tambah kenyataan itu.



Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dalam posnya di Facebook semalam, berkata:



"Dana ini dibentuk agar bersikap inklusif - lantas tiada had usia atau sekatan pada jenis sukan yang ditetapkan. Apa yang lebih penting adalah tahap pertandingan serta rekod persembahan dan komitmen atlet mencapai kecemerlangan sukan."



TFIF akan membuat dua tawaran geran dalam setahun, dengan sehingga $50,000 akan diberikan kepada pemohon yang disenarai pendek.



Mereka akan dinilai berdasarkan tahap pertandingan dan rekod persembahan pemohon atau secara sepasukan.



Tempoh pemohonan untuktawaran geran pertama adalah mulai hari ini hingga 12 Februari.



Tempoh pemohonan seterusnya akan diumumkan pada separuh kedua tahun ini.



Kenyataan itu menambah: "Meskipun tahap pendanaan akan dinilai berdasarkan kes demi kes, kos memenuhi syarat yang akan dipertimbang boleh merangkumi tiket penerbangan, penginapan, bayaran pendaftaran, bayaran visa (jika ada), dan insurans perjalanan (yang wajib bagi penerima)".



Atlet BMX negara, Mas Ridzwan Muhammad Ali, 18 tahun, berkata:



"Salah satu cabaran saya adalah membayar bayaran pertandingan di luar negara saya. Dengan pertandingan antarabangsa BMX bermula semula, saya harap saya dapat mengambil bahagian. Dengan dana ini, saya harap dapat bantuan dan memburu kerjaya dalam perlumbaan BMX dan mewakili Singapura dalam kejohanan BMX Asia, Eropah dan Sedunia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >