Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih sokongan digesa bagi galak wanita cebur bidang teknologi

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



DI samping usaha pemerintah dan industri, Presiden Halimah Yacob, menggesa rakan kongsi dan pertubuhan masyarakat memainkan peranan dalam mendorong lebih ramai golongan wanita menceburi bidang teknologi.



Ini penting terutama sekali bagi wanita yang mempunyai minat dan juga keinginan memasuki bidang tersebut, namun tidak pasti akan selok-belok industri tersebut, tambahnya, dalam ucapan yang telah disampaikan semasa majlis pelancaran pameran 'Success Looks Like This' anjuran The Codette Project di ruang SEED Gallery yang terletak di Kim Yam Road semalam.



Pameran tersebut menonjolkan golongan wanita yang menceburi bidang teknologi dan diharap dapat membasmi salah tanggapan bahawa bidang teknologi hanya untuk lelaki.



Kisah kejayaan wanita minoriti dan Muslim dalam bidang tersebut merupakan tumpuan pameran itu, yang diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa.



Puan Halimah yang menghadiri acara pelancaran itu sebagai tetamu terhormat berkata pemerintah telah bekerjasama dengan rakan kongsi industri bagi memperluaskan peluang bagi wanita dalam bidang teknologi, antaranya melalui inisiatif SG Women in Tech.



"Bidang teknologi sering dilihat sebagai ruang yang dikuasai kaum lelaki, namun ini tidak seharusnya kekal sedemikian. Golongan wanita kini menunjukkan prestasi yang baik dalam ruang teknologi di Singapura. Selain usaha pemerintah dan industri untuk menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang ini, rakan kongsi masyarakat juga memainkan peranan penting untuk mempertingkat kesedaran mengenai industri teknologi," katanya.



Beliau menukil contoh persatuan tidak mencari untung, The Codette Project yang juga penganjur pameran tersebut. Persatuan itu diasaskan pada 2015 bagi menawarkan program bagi semua golongan wanita, dengan tujuan mewujudkan ruang selamat di dalam dan di luar talian bagi mereka meneroka serta mengejar minat dan aspirasi selain memperkasa diri melalui teknologi.



Pengasas The Codette Project, Cik Nurul Jihadah Hussain, berkata dia berharap pameran tersebut mampu mengubah persepsi masyarakat terutama sekali golongan wanita akan siapa yang dianggap sebagai 'pakar teknologi berjaya'.



"Biasanya bila sebut tentang pakar teknologi yang berjaya, imej yang kita bayangkan bukanlah wanita yang kita lihat dalam pameran ini.



"Ini sesuatu yang ingin kita ubah, supaya kita tidak hanya memiliki satu imej sahaja tentang bagaimana rupanya individu yang berjaya."



"Kita ingin orang ramai lihat betapa pelbagai golongan wanita (yang dipaparkan) dari segi usia, latar belakang, minat, tahap kehidupan, dan mereka semua mencapai kejayaan yang berbeza," katanya.



Salah seorang wanita yang dipaparkan adalah Cik Jumaiyah Mahathir, 32 tahun, yang telah membangunkan aplikasi Halalfoodhunt - yang bertujuan memudahkan carian tempat makanan halal - pada 2018.



Katanya: "Ramai golongan wanita yang rasakan diri mereka tidak mampu menceburi bidang teknologi.



"Kami harap, pameran ini dapat mencetus inspirasi dalam diri lebih ramai wanita."



Pameran 'Success Looks Like This' memaparkan gambar 37 wanita dalam industri teknologi berbeza, termasuk dalam bidang analisis data hingga keselamatan siber.



Orang ramai boleh mengunjungi pameran tersebut di Seed Gallery, 46 Kim Yam Road hingga 19 Mac ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >