Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Lebih subsidi bagi vaksinasi, pilihan makanan lebih sihat

Antara saranan SihatSG untuk bantu warga tingkat kesihatan
Jul 29, 2019 | 05:30 AM

WARGA Singapura boleh menjangkakan lebih banyak subsidi bagi beberapa jenis vaksinasi orang dewasa, termasuk bagi penyakit demam selesema, seawal tahun depan.

Sementara itu, orang ramai bakal menikmati lebih banyak pilihan makanan sihat di tempat seperti pusat penjaja.

Ini merupakan antara 11 saranan yang dibentangkan pasukan bertindak SihatSG, yang dipimpin Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Encik Amrin Amin, semalam untuk membantu warga Singapura meningkatkan kesihatan mereka.

Encik Amrin berkata Singapura mempunyai antara ukuran hasil kesihatan (health outcome) yang baik di dunia, sedang rakyat hidup lebih lama, serta kesedaran tentang kesihatan amat tinggi dalam kalangan rakyat, dan ini satu permulaan baik.

"Apa yang ingin kita lakukan adalah meningkatkan usaha kita dan memastikan beberapa kumpulan kurang bernasib baik akan menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan.

"Kami lihat kumpulan kurang nasib baik ini, apa situasi mereka, apa yang menghindari mereka, dan kami telah membangun program perintis untuk meningkatkan kesihatan mereka.

"Kami berharap warga Singapura tidak kira latar belakang ekonomi mereka boleh menikmati kehidupan sihat," ujar Encik Amrin.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke sebuah ladang sayur di Choa Chu Kang semalam.

Sejak November tahun lalu, pasukan itu telah mendekati hampir 300 warga Singapura berusia 18 hingga 60 tahun menerusi perbincangan kumpulan fokus, sesi pendekatan awam, dan perundingan dalam talian.

Saranan yang dibuat pasukan itu berpusat kepada tiga tema - memperkasa individu untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri; melibatkan masyarakat; serta mengubah suai sekitaran untuk membantu warga menjalani gaya hidup lebih sihat.

Antara lain, pasukan itu menyarankan subsidi bagi vaksin yang disarankan di bawah Jadual Imunisasi Dewasa Nasional (NAIS), untuk untuk menjadikan vaksin tersebut lebih dimampui.

Ini termasuk bagi demam selesema (influenza), hepatitis B, dan Papilloma Manusia (HPV).

Mereka yang merokok pula akan menerima lebih banyak sokongan untuk berhenti merokok.

Institusi penjagaan kesihatan seperti hospital dan poliklinik akan merintis beberapa program baru untuk mendekati pesakit, ibu hamil serta suami mereka yang merokok.

Program itu akan menerapkan terapi penggantian nikotin yang bersubsidi, kaunseling serta sesi susulan.

Pasukan itu turut menyarankan satu buku kesihatan alam maya yang boleh digunakan warga Singapura untuk menjejak status kesihatan dan mengurus temu janji perubatan.

Buku kesihatan bagi warga berusia 40 tahun hingga 59 tahun dirancangkan dilancar tahun depan.

Selain itu, orang ramai boleh menjangka lebih banyak pilihan makanan sihat.

Ini sedang Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bakal mengambil kira faktor kesihatan dalam tender mutu dan harga bagi tempat makanan yang menyewa daripada HDB.

HPB juga akan menambah 400 lagi gerai penjaja yang menawarkan sekurang-kurangnya dua pilihan sihat di bawah Program Makanan Lebih Sihat mereka.


"Apa yang ingin kita lakukan adalah meningkatkan usaha kita dan memastikan beberapa kumpulan kurang bernasib baik akan menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan.
Kami lihat kumpulan kurang nasib baik ini, apa situasi mereka, apa yang menghindari mereka, dan kami telah membangun program perintis untuk meningkatkan kesihatan mereka."

- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Encik Amrin Amin.


SARANAN PASUKAN BERTINDAK SIHATSG

Pasukan Bertindak SihatSG, yang dipimpin Encik Amrin Amin, semalam membentangkan 11 saranan membantu warga Singapura menjadi lebih sihat.

1. Subsidi beberapa jenis vaksinasi bagi orang dewasa

2. Lebih sokongan henti merokok

3. Bimbingan kesihatan menerusi alat yang boleh dipakai (seperti jam) untuk capai sasaran kesihatan

4. E-buku kesihatan sepanjang hayat untuk jejak status kesihatan

5. Program khusus bagi golongan kurang nasib baik

6. Program buat pekerja (25-40 tahun) dan warga emas

7. Wadah khidmat sehenti untuk guna kemudahan sukan dan masyarakat

8. Libatkan sukarelawan dalam kegiatan kesihatan yang boleh tingkatkan jalinan masyarakat

9. Bangunkan Kit Peralatan Kesihatan Daerah, libatkan masyarakat bentuk gaya hidup sihat

10. Lebih banyak pilihan makanan sihat

11. Sediakan kemudahan seperti tempat mandi dan lokar untuk mereka yang berbasikal ke tempat kerja

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian