Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih sukar bagi pelajar menengah satu pindah sekolah

Dec 29, 2015 | 09:20 AM



PELAJAR memasuki menengah satu tahun depan yang berharap pindah ke sekolah lain kini mendapati lebih sukar melakukannya kerana arahan baru daripada Kementerian Pendidikan (MOE).


Menurut akhbar The Straits Times, ia difahamkan bahawa bulan lalu MOE memberitahu semua sekolah menengah jangan menerima pelajar pemindahan yang markah Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) mereka tidak memenuhi titing potong sekolah.


Sebelum ini, sekolah yang mempunyai tempat kosong selepas penempakan pelajar menengah satu boleh menerima pelajar yang mempunyai markah lebih rendah yang merayu.


Setiap tahun, MOE menempatkan murid darjah enam di sekolah menengah berdasarkan markah PSLE, pilihan sekolah dan kekosongan di sesebuah sekolah.


Markah PSLE murid yang mengisi tempat kosong terakhir di sesebuah sekolah menjadi titik potong sekolah tersebut.


Pelajar diberitahu mengenai sekolah menengah mereka Selasa (22 Dis) lalu.


Mereka yang mahu pindah ke sekolah lain atas alasan keperluan khas harus menghubungi sekolah yang dikehendaki selewat-lewatnya Rabu lepas, manakala yang lain boleh mengemukakan borang rayuan sebelum tarikh tutup sekolah pilihan mereka.


Menurut akhbar itu, ketika dihubungi pada Isnin (28 Dis), MOE mengesahkan arahan tersebut.


MOE berkata pelajar dimasukkan ke sekolah menengah berdasarkan "langkah objektif dan telus kelebihan akademik" dan rayuan selepas itu "perlu selari dengan prinsip sama, bagi berlaku adil kepada pelajar lain".


Pemimpin sekolah berkata perubahan dasar itu bertujuan mengurangkan pergerakan pelajar antara sekolah selepas tempoh penempatan menengah satu.


Difahamkan sekolah popular dengan titik potong lebih 240 boleh mendapat lebih 100 rayuan, kebanyakan daripada pelajar yang tidak memenuhi titik potong itu.


Sebaliknya, sekolah dengan titik potong bawah 200 bagi aliran Express mungkin kehilangan sehingga separuh pelajar Express mereka disebabkan pemindahan ke sekolah lain.


Pergerakan ini boleh membuat sebahagian sekolah mempunyai hanya tiga kelas setiap tahun bagi ketiga-tiga aliran akademik, manakala sekolah popular mengisi semua tempat kosong dan mempunyai kira-kira 10 kelas setiap tahun, menurut para pegawai sekolah.


Seorang pengetua sekolah menengah yang tidak mahu namanya disiar berkata: "Perubahan ini satu cara membuat semua orang menyesuaikan diari di sekolah lebih awal dan menggalak pelajar berpuas hati dengan sekolah yang mereka ditempatkan.


"Pelajar perlu tahu bahawa sebarang sekolah yang mereka ditempatkan adalah satu permulaan baru. Setiap sekolah berusaha menyediakan pelbagai peluang kepada mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >